Seratus masjid sebagai Pusat Pembangunan Umat terbaik 2024

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan 100 masjid di negeri ini dijadikan sebagai Pusat Pembangunan Umat Terbaik menjelang 2024. Menteri Besarnya Datuk Seri Aminuddin Harun berkata untuk merealisasikan matlamat tersebut, kerajaan negeri menyasarkan tujuh inisiatif perlu dicapai bagi menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan tersebut. “Antara yang perlu diberi keutamaan adalah meningkatkan jumlah mereka (masyarakat) yang […]

Solat Subuh di masjid dapat wang saku

DAMANSARA – Dalam usaha memupuk masyarakat khusus generasi muda mengimarahkan masjid, Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara mencipta kelainan apabila memberi wang saku kepada pelajar yang menunaikan solat Subuh di masjid itu. Ketua pentadbir atau naqib masjid, Mohammad Akmal Abdul Aziz berkata, program berkenaan bermula 7 Oktober lalu dan idea tercetus ketika mengadakan mesyuarat Ahli […]

Segera daftar sekolah pondok

KUALA LUMPUR –  Semua institusi tahfiz yang belum berdaftar dengan majlis agama negeri masing-masing diingatkan supaya berbuat demikian sekiranya mahu menerima peruntukan dana daripada kerajaan persekutuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa berkata, hanya sekolah tahfiz berdaftar sahaja yang layak menerima manfaat daripada peruntukan sebanyak RM25 juta yang disediakan dalam belanjawan negara yang […]

Malaysia ke arah pembekal gelatin halal global

KUALA LUMPUR — Malaysia kini mengorak langkah untuk menjadi pembekal gelatin halal bagi pasaran global, kata Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. Mohd Redzuan berkata, pelaksanaan inisiatif itu akan mengurangkan import gelatin halal negara sebanyak 30 peratus. “Ia sekali gus meningkatkan peluang Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) untuk terlibat secara kompetatif di dalam […]

120 GEN T termasuk dari SMK Chung Hwa sertai TOM perkasa jati diri

KUALA NERUS – Siri Transformasi Orang Muda (TOM) di negeri ini diteruskan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dengan terkini, disertai seramai 120 orang pelajar. Menariknya pada sesi kali ini, Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sin adalah antara yang menghantar pelajar Muslim mereka menyertainya. Dipercayai, ia adalah kerana keberkesanan TOM dalam melakukan pengisian berfaedah […]

Belanjawan 2020 – Apa Wanita Dapat

PUTRAJAYA – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia  YADIM menyambut baik Belanjawan 2020 yang dilihat sebagai belanjawan yang seimbang dan berkebajikan untuk rakyat. Antara inisiatif yang akan memberi keuntungan kepada wanita dan keluarga adalah: Cuti Bersalin 90 Hari Cuti ini akan dilaksanakan bermula 2021. Ini dilihat sebagai satu langkah ke hadapan […]

Jangan tuduh tanpa bukti

KUANTAN – Pihak yang mendakwa pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai integriti dalam proses pensijilan halal seharusnya tidak berbuat demikian tanpa bukti. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata tuduhan yang dilemparkan itu adalah serius dan boleh menjejaskan nama baik Jakim yang sememangnya amat menjaga segala aspek berkaitan halal. “Jakim amat […]

RM8 bilion untuk Bumiputera, RM1.3 bilion untuk syiar Islam

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM8 bilion untuk meningkatkan agenda Bumiputera manakala sebanyak RM1.3 bilion pula untuk menegakkan syiar Islam. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan, peruntukan untuk memperkasa agenda Bumiputera dinaikkan kepada RM8 bilion untuk tahun depan berbanding RM7.6 bilion tahun 2019. Ketika membentangkan Belanjawan 2020, beliau berkata, peruntukan itu disalurkan menerusi […]

Cuti bersalin 90 hari mulai 2021

KUALA LUMPUR – Berita gembira buat golongan wanita apabila tempoh cuti bersalin dipanjangkan daripada 60 hari ke 90 hari mulai 2021. Cadangan tersebut antara perkara diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Pembentangan Belanjawan 2020 di bawah strategi memodenkan pasaran buruh. Menurutnya, kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 meliputi empat perkara termasuk tempoh cuti […]

Kerajaan cadang gaji minimum naik RM1,200 di bandar utama

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menaikkan gaji minimum dari RM1,100 sebulan kepada RM1,200 sebulan berkuatkuasa tahun 2020, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Sewaktu membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini (11 Oktober), beliau berkata, bagaimanapun kenaikan itu hanya untuk di wilayah bandar utama sahaja. “Kerajaan komited untuk menambah baik kehidupan rakyat, terutamanya bagi […]