Kembara Rahmah bukti dasar Islam bukan sekadar slogan
MARANG – Kembara Rahmah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merupakan bukti dasar Islam kerajaan bukan sekadar satu slogan. Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, menerusi program tersebut pihaknya turun ke lapangan bagi bertemu dan menyantuni sendiri golongan sasar. “Dalam Kembara Rahmah kita adakan program dan berjumpa terus dengan masyarakat”. “Umpamanya […]
Fokus hasil program
KUALA TERENGGANU – Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh pada 31 Oktober telah melakukan kunjungan ke pejabat badan dakwah itu di sini. Kunjungan yang pertama kali buat beliau ini adalah antara program sempena kedatangan beliau ke negeri ini sempena Kembara Rahmah Marang yang diadakan pada 30 Oktober. Selain […]
Kembara Rahmah Marang
MARANG – Sebagai komitmen untuk menjayakan pelaksanaan konsep rahmah dan gagasan Rahmatan Lil Alamin, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah menganjurkan Kembara Rahmah Marang pada 30 Oktober. Program sehari itu mengandungi pengisian untuk pelbagai lapisan masyarakat di daerah ini. Ia dimulakan dengan Seminar Rahmatan Lil Alamin yang diadakan di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang […]
Usaha perkenal konsep Rahmatan Lil Alamin di peringkat dunia
KUALA LUMPUR – Malaysia akan mengorak langkah mempromosi konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ (rahmat untuk semua) di peringkat antarabangsa melalui pembabitan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Pengerusi MAIWP Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee berkata ini akan dilakukan dengan sesi libat urus di beberapa universiti terkenal antarabangsa. Menurutnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri […]
Remaja buta diangkat menjadi bilal Masjid Negeri Selangor
SHAH ALAM – Seorang orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan sejak lahir tidak menyangka akan dilantik menjadi bilal bagi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pertama kali dalam sejarah buat masjid tersebut. Mohammad Syafiizwan Mohd Suhaini, 19, yang berasal dari Kampung Bukit Kerayong Klang itu dilantik pada 1 Ogos lalu selepas berjaya melalui pemilihan Akademi […]
YADIM Perlis ziarahi golongan kurang bernasib baik
KANGAR – Seramai 50 orang daripada golongan kurang benasib baik disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis dalam program Ziarah Rahmah yang diadakan di sekitar bandar ini dan Sanglang pada 29 Oktober. Program dijayakan oleh YADIM Perlis dan Sukarelawan Al Rahmah ini, turut disertai oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin dan […]
Jawatankuasa khas kaji turunkan kos haji
KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji menurunkan kos urusan haji menerusi penubuhan jawatankuasa khas yang dinamakan Jawatankuasa Exco Urusan Haji di bawah pengurusan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata jawatankuasa berkenaan antara lain akan meneliti aspek-aspek yang menyebabkan kos menunaikan rukun Islam kelima itu tinggi, termasuk caj penginapan […]
KDN teliti latar belakang pendakwah asing sebelum dibenar berceramah
KUALA LUMPUR – Semua pendakwah luar yang datang ke negara ini untuk mengadakan ceramah keagamaan akan diteliti dan diperiksa latar belakang mereka terlebih dahulu. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihak kementerian turut melakukan proses semakan dengan badan keagamaan berkaitan yang terdapat dalam negara bagi memastikan kumpulan pendakwah tersebut bebas daripada fahaman songsang. […]
KBS sokong atlet berpakaian patuh syariah
KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggalakkan atlet negara untuk mengenakan pakaian patuh syariah ketika menyertai apa-apa pertandingan atau kejohanan, namun pada masa sama tiada paksaan untuk mereka berbuat demikian, kata Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Beliau berkata soal pemakaian patuh syariah itu diserahkan kepada pendirian atlet dan persatuan untuk diputuskan dan […]
Ziarah Rahmah Asnaf YADIM Wilayah
KUALA LUMPUR – Menyedari masalah miskin bandar merupakan suatu isu yang perlu ditangani bersama, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Wilayah Persekutuan pada 27 Oktober telah melaksanakan program Ziarah Rahmah Asnaf di Cheras di sini. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Syria Care, Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR), Unit Khidmat Bakti Al Rahmah, Masjid Al Mukhlisin, Cheras […]