Umat Islam perlu meraih sokongan dunia
KUALA LUMPUR -Tun Dr Mahathir Mohamad berkata umat Islam harus berusaha mendapatkan sokongan dunia dengan menonjolkan ketidakadilan yang dilakukan oleh Israel terhadap umat Islam di Palestin. Perdana Menteri menegaskan bahawa tidak benar semua orang Eropah atau Amerika itu menentang Islam atau Muslim atau Palestin, kerana kebanyakan mereka sebenarnya bersimpati. “Kita perlu mendapatkan simpati dan sokongan […]
Gema Selawat Maulidur Rasul 1441H
KUALA LUMPUR – Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul baru baru ini, Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan program Gema Selawat Maulidur Rasul 1441H pada 9 November. Dihadiri lebih 300 penduduk dari Program Perumahan Rakyat Seri Cempaka, Pantai Dalam di sini, ia merupakan program dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah […]
Kerajaan mahu Program TUBE diperluas kepada asnaf
SINTOK – Kerajaan berharap SME Corporation Malaysia (SME Corp) dapat memperluaskan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) kepada para asnaf bagi melahirkan lebih ramai usahawan dan ahli perniagaan, sekaligus menambah baik kualiti hidup golongan itu. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata langkah itu juga adalah sebagai usaha untuk mentranformasikan golongan […]
Pendaftaran untuk Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019
Pendaftaran masih dibuka kepada yang berminat menyertai Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019 yang akan berlangsung pada 18 dan 19 November ini di Movenpick Hotel & Convention Centre. Antara tokoh tokoh yang telah memberi komitmen untuk hadir ialah: Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Sheikh Salem Al Jufri 2. Rektor Universiti Fatoni, Prof Madya Dr Ismail Lutfi […]
Perselisihan kaum dan agama semakin kritikal
KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, cabaran dan ancaman paling dekat, sangat kritikal dan boleh meruntuhkan negara dengan pantas adalah ledakan kemarahan sesama rakyat yang berpunca daripada perselisihan kaum dan agama. Titah baginda, Malaysia yang dibina dengan falsafah kenegaraan begitu baik, sedang menghadapi perkembangan yang boleh mengancam perpaduan warganya. “Slogan-slogan atas […]
Sah atau tidak, semak sekolah agama berdaftar di portal Simpeni
PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyediakan sebuah laman sesawang yang boleh membantu ibu bapa mencari dan menentusahkan sekolah-sekolah agama berdaftar di seluruh negara. Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam atau Simpeni menyediakan fungsi Carian Sekolah, statistik bilangan sekolah mengikut jenis serta bilangan pelajar, takwim dan pekeliling pada halaman utama. Menerusi Carian Sekolah, ibu […]
Ibu bapa perlu semak pusat tahfiz
KUALA LUMPUR – Golongan ibu bapa perlu membuat semakan terlebih dahulu sebelum memilih sesebuah sekolah tahfiz untuk anak mereka. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, selain pihak berkuasa, peranan masyarakat sekeliling turut dapat membantu memantau insiden yang tidak diingini berlaku di pusat tersebut. Beliau menegaskan dengan cara demikian insiden penderaan […]
YADIM Naib Johan perarakan Maulidur Rasul 2019
KUALA LUMPUR – Kontinjen Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2019/1441 di sini, telah merangkul gelaran Naib Johan. Dengan kemenangan dalam kategori Agensi Di Bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, YADIM membawa pulang hadiah RM4,000. Kontinjen Tabung Haji muncul johan kategori ini. Seramai 40 orang kakitangan YADIM, […]
Ibu bapa perlu prihatin pilih pusat tahfiz, elak anak jadi mangsa
UALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof meminta ibu bapa untuk lebih prihatin dalam memilih pusat tahfiz agar anak mereka tidak menjadi mangsa kejadian yang tidak diingini. Beliau berkata ibu bapa perlu lebih bertanggungjawab memastikan pusat tahfiz yang dipilih adalah berdaftar dan ia merupakan perkara paling utama yang perlu […]
Daud Muhammad penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2019
KUALA LUMPUR – Pakar perundangan syariah, Datuk Daud Muhammad hari ini (9 November) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2019. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah berkenaan kepada Daud pada sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019 peringkat kebangsaan di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini. Daud menerima wang tunai RM50,000, […]