SC buka permohonan felo kewangan Islam di Universiti Oxford
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) membuka permohonan bagi pencalonan Felo Pelawat Kesembilan di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), di bawah program Sarjana Tamu Dalam Kewangan Islam (SIR) bagi tahun akademik 2020/2021 yang bermula Oktober tahun depan. SC dalam satu kenyataan memaklumkan, pemohon perlu mempunyai pengalaman yang luas dalam Kewangan Islam atau mana-mana disiplin […]
Kerajaan tanggung premium RM10.3 bilion untuk selamatkan TH serta pelan penstrukturan
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menanggung premium RM10.3 bilion untuk memastikan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pulih. Menurut Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), langkah itu adalah sebahagian daripada pelan penyelamat dan penyusunan semula dana haji. UJSB yang merupakan unit milik penuh Kementerian Kewangan (MOF) menyelesaikan pemindahan aset tidak berbayar bernilai RM9.63 bilion yang dipegang […]
10 terkorban, 40 cedera serangan udara dilancarkan rejim Zionis
GAZA – Sekurang-kurangnya 10 orang penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan Israel terhadap Semenanjung Gaza sejak 12 November. Antara yang terbunuh dalam serangan berkenaan adalah komander tertinggi Jihad Islam iaitu Bahaa Abu al-Ata, 42, termasuk isterinya pada ketika rejim Zionis memberi amaran lebih banyak serangan akan dilancarkan selepas ini. Selang beberapa ketika, Gaza […]
Kerajaan akan tampil dengan naratif baharu mengenai Islam
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf mempertahankan prestasi kerajaan mengenai pelbagai isu berbangkit yang menjadi pertikaian dan memberi kesan kepada Islam. Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar turut menegaskan akan menghasilkan naratif baharu mengenai Islam supaya tidak mengulangi kesilapan terdahulu. “Apabila kita ambil alih kuasa, kita tidak […]
Kunjungan Unit Audit dan Kualiti YADIM ke MBSA
SHAH ALAM – Dalam memastikan gerak kerja dakwahnya dilaksanakan dengan sistematik dan professional, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) komited memastikan audit dan kawalan dalamannya sentiasa dilaksanakan sama ada ke atas operasi mahupun pengurusannya. Justeru, menyedari tanggungjawab besar yang dipikul mereka, Unit Audit dan Kualiti YADIM pada 12 November telah melaksanakan satu lawatan kerja ke Bahagian […]
Penuntut IPTA ditahan susulan tajuk kontroversi debat
SEREMBAN – Seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ditahan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) semalam (12 November) berikutan tajuk kontroversi pertandingan Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak 2019 bulan lalu. Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Penolong Pengarah (Kanan) Ahmad Zaki Hamzah berkata, pelajar lelaki berusia 25 tahun itu yang […]
Program Iqra’ TH sumbang RM5 juta bantu pelajar asnaf
KUALA LUMPUR – Prihatin terhadap nasib pelajar berstatus asnaf, Lembaga Tabung Haji (TH), menyumbang sebanyak RM4.5 juta kepada enam institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sekitar Lembah Klang. Ia bakal dimanfaatkan lebih 2,200 pelajar asnaf di Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya […]
Ziarah Rahmah serampang dua mata DMY
TANGKAK – Peranan Daie Muda YADIM (DMY), Bahagian Pembangunan Daie selaku pendakwah muda terus di pelbagaikan menerusi pendekatan dakwah yang bukan saja menyantuni golongan belia, tetapi juga masyarakat umum sebagai usaha memasyarakatkan badan dakwah ini. Sebagai antara entiti yang bertanggungjawab membawa dan menaikkan nama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), DMY pada 5 hingga 8 November […]
Penerima Food Bank Siswa bakal terima zakat
GOMBAK – Pelajar universiti awam (UA) yang kini mendapat manfaat menerusi program Food Bank Siswa, bakal menerima bantuan zakat pada tahun depan. Ia berikutan cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperluaskan bantuan kepada penerima program itu dengan menyalurkan zakat kepada mereka. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata bantuan zakat kepada […]
Pengurus harta wakaf digesa teroka potensi ekonomi harta wakaf
KUALA LUMPUR – Pengurus-pengurus harta wakaf dan pihak yang berkaitan dengan pembangunan dan pentadbiran harta berkenaan digesa supaya lebih kreatif dalam meneroka potensi ekonomi penggunaan harta wakaf. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata ketika ini terdapat banyak tanah-tanah wakaf yang dilaporkan tidak dibangunkan dengan baik. “Menurut Yayasan Wakaf Malaysia, hanya 12 […]