Sekolah pondok akan dijadikan produk pelancongan baharu
GEORGE TOWN – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedang merangka pelbagai inisiatif dan strategi untuk menjadikan sekolah-sekolah pondok sebagai sebuah produk pelancongan baharu negara. Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata sekolah pondok yang terpilih akan dijadikan produk pelancongan pendidikan selain mengiktiraf premis penginapan pelancongan mesra Muslim bagi memperkasakan industri pelancongan Islam. “Kementerian dengan kerjasama Pusat Pelancongan […]
60 asnaf Kampung Bahagia terima sumbangan YADIM Kelantan
KUALA KRAI – Prihatin dengan nasib dan keadaan sukar menimpa penduduk Kampung Bahagia di sini,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 22 November lalu telah menyantuni asnaf yang memerlukan di kawasan tersebut. Kampung Bahagia dipilih dalam program YADIM Peduli : Ziarah Rahmah ini kerana kedudukannya yang terpencil menyebabkan pelbagai kesukaran, terutamanya melibatkan pengangkutan. Dipecahkan kepada […]
Majlis Apresiasi Anugerah Khidmat Cemerlang 2018 dan Jasamu Dikenang
PUTRAJAYA – Pekerja yang cemerlang merupakan aset sesebuah organisasi yang paling bernilai. Justeru bagi menghargai sumbangan mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 26 November telah mengadakan Majlis Apresiasi Anugerah Khidmat Cemerlang 2018 Dan Jasamu Dikenang di sini. Seramai 13 penerima dari pelbagai kategori perkhidmatan YADIM diraikan dalam majlis ini. Mereka menerima sijil penghargaan dan […]
Suburkan peranan masjid
KUALA LUMPUR – Usaha bagi menyuburkan peranan masjid terutama di kawasan kejiranan kediaman, dengan aspek penjagaannya dikaitkan dengan penduduk di sekitar kejiranannya, kata Putera Arab Saudi Sultan bin Salman bin Abdulaziz Al Saud. Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Abdullatif Al Forzan bagi Seni bina Masjid (AFAMA) berkata satu sistem seharusnya diwujudkan bagi […]
Mekanisme wakaf, zakat dapat wujudkan rumah mampu milik
KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti pelbagai sudut dalam kewangan Islam termasuk wakaf dan zakat yang boleh dimanfaatkan bagi merealisasikan perumahan yang lebih berpatutan, khususnya bagi golongan miskin. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata sebuah negeri di wilayah utara juga sedang mengendalikan skim perumahan wakaf untuk kalangan penduduk terbabit. “Kita mempunyai satu model yang […]
Seminar Bicara Keluarga Rahmah Kota Kinabalu
KOTA KINABALU – Seminar Bicara Keluarga Rahmah Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan ke bandar raya ini pula. Bertempat di Dewan Sri Khazali, Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sini pada 25 November, lebih 100 pegawai dan kakitangan jabatan tersebut menghadiri seminar yang bermula pada jam 8.30 pagi. Sebahagian peserta juga […]
Kerajaan perkenal modul had umur perkahwinan 18 tahun di semua negeri
PARIT BUNTAR – Kerajaan akan memperkenalkan satu modul yang menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat untuk mengehadkan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa berkata, modul itu yang sedang disiapkan merupakan garis panduan untuk dipatuhi oleh semua negeri mengenai perkahwinan dan adalah menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang […]
Bantu anak anak mangsa perceraian, jihad ekonomi antara cadangan wanita Sabah untuk MAWAR
KOTA KINABALU – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dicadangkan untuk memfokuskan ke arah membantu anak anak mangsa perceraian dan program menjana ekonomi wanita Islam di negeri ini. Demikian antara cadangan yang diberikan kepada MAWAR dalam program Majlis Tautan MAWAR YADIM Bersama NGO Wanita Islam Sabah yang diadakan di sini pada […]
Integriti generasi muda cabaran 2030
KUALA LUMPUR – Ungkapan ‘duit kopi’ seolah-olah satu perkara biasa dan agak sebati dengan kehidupan seharian sebilangan masyarakat tanpa mengira umur dan latar belakang. Kebiasaan itu jika diamalkan bukan sahaja boleh memudaratkan malah boleh membawa keruntuhan kepada negara kerana ia melibatkan integriti sistem pentadbiran sesebuah negara dan keadaan lebih buruk apabila gejala ‘duit kopi’ atau […]
50 keluarga terima sumbangan YADIM
KENINGAU – Sebanyak 50 keluarga di Kampung Meninipir di sini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam program Konvoi Rahmah hari ini (23 November). Antara yang menerima sumbangan termasuklah warga emas, anak anak yatim dan asnaf yang memerlukan. Konvoi berkenaan merupakan kemuncak kepada program Kembara Malaysia Rahmah 2019 Peringkat Negeri Sabah yang diadakan selama […]