Sidang Kemuncak Kuala Lumpur bukan pengganti OIC – Dr Mahathir
KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang bermula 18 Disember ini, bukan bertujuan membentuk blok baharu atau untuk menggantikan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Perdana Menteri sebaliknya menegaskan sidang kemuncak selama empat hari itu adalah medan perbincangan hal ehwal yang berkaitan dengan orang Islam. Pejabat Perdana Menteri dalam satu […]
Kunjungan Fiqhi Council of Australia
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 16 Disember telah menerima kunjungan tiga orang wakil dari Fiqhi Council of Australia di ibu pejabatnya di sini. Kunjungan diketuai oleh presiden majlis itu, Sheikh Yahya Safi pada jam 3.30 petang disambut sendiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz serta kepimpinan […]
600 terima manfaat Jom Ke Sekolah 2020
ARAU – Seramai 600 pelajar di tiga kawasan di Perlis menerima manfaat program Khidmat Bakti Jom Ke Sekolah 2020 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis. Program anjuran bersama dengan Yayasan Taqwa, Pasukan Sukarelawan Al Rahmah, Pertubuhan Wanita Swadaya Perlis dan Kelab Peduli Masyarakat Perlis itu mensasarkan pelajar sekolah rendah daripada golongan asnaf dari Beseri, […]
Persiapan anjur Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 lancar
KUALA LUMPUR – Persiapan bagi menganjurkan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di ibu negara berjalan lancar dan kini sudah hampir siap. Setiausaha Agung Bersama persidangan antarabangsa berkenaan, Tan Sri Samsudin Osman, berkata setakat ini, beliau berpuas hati dengan kelancaran persediaan sidang kemuncak itu. “Cuma ada beberapa perkara lagi yang perlu kita perkemaskan seperti kekemasan dewan […]
TH rangka pelan tindakan untuk tambah baik operasi haji
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) sedang merangka pelan tindakan (blueprint) untuk tempoh lima tahun dari 2020 hingga 2024 bagi menambah baik mutu perkhidmatan dan operasi haji yang dikendalikan institusi itu. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, pelan tindakan yang julung kali diperkenalkan itu dijangka siap pada […]
Dunia Islam digesa pertingkat, pupuk budaya inovasi
KUALA LUMPUR – Negara-negara Islam perlu perkukuhkan lagi sistem pendidikan masing-masing terutama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam usaha memupuk semangat inovasi dan menyesuaikan diri dengan dunia yang pesat berubah. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (Inceif), Profesor Datuk Dr Azmi Omar berkata, mereka memiliki potensi besar untuk […]
Keyakinan berterusan kepada Tabung Haji
Keyakinan berterusan kepada Tabung Haji Oleh Nozina Yahaya TABUNG Haji (TH) terus kukuh dengan prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik bagi suku ketiga tahun ini. Peningkatan itu dipacu oleh strategi pelaburan yang mampan serta langkah pengurusan kos secara berhemah. Dari segi kedudukan kewangan, TH kini mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM2.3 bilion dengan […]
Emir Qatar puji Malaysia anjur Sidang Kemuncak KL
DOHA – Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani memuji Malaysia yang menganjurkan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu dinyatakan ketika beliau menghadap dan mengadakan pertemuan empat mata dengan Emir Qatar di Amiri Diwan di sini. Amiri Diwan adalah dewan pemerintahan Negara Qatar. Ia adalah badan […]
Jalinan kerjasama ekonomi YADIM – DPIM
PUTRAJAYA – Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) bersedia membantu dan menawarkan kepakarannya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan bagi membantu YADIM meningkatkan jumlah dana badan dakwah ini. Pengerusi DPIM Mohamad Sahar Mat Din berkata, antara yang menjadi keutamaan pihaknya ialah melaksanakan jihad ekonomi bagi membantu pihak atau agensi berkaitan memperkukuhkan kedudukan kewangan dan ekonomi masing masing. […]
Penganggur didenda RM5,000 hina Nabi Muhammad
KUALA LUMPUR – Akibat memuat naik hantaran jelik bersifat menghina Nabi Muhammad, seorang penganggur didenda RM5,000 atau penjara 3 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini (12 Disember). Hakim M.M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zahrein Zakariah, 37, selepas dia mengaku bersalah atas perbuatan yang dilakukan melalui akaun Facebook miliknya. Mengikut pertuduhan, […]