Yapeim peruntukan RM4juta untuk Program Foodbank 1.0

PERMATANG PAUH – Sepanjang tahun 2019, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) telah pun memperuntukan sejumlah RM4 juta bagi melaksanakan Program Foodbank 1.0 untuk seluruh negara. Demikian dinyatakan oleh Pengurus Negeri, Pusat Pentadbiran YaPEIM Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Mohd Fauzi Adnan ketika majlis agihan bantuan makanan percuma kepada 400 pelajar terpilih UiTM Pulau Pinang […]

Dunia Islam di tahun 2020

Dunia berputar dengan cepat dan pada setiap kitaran, peristiwa dan insiden membentuk berbagai isu berlatarbelakangkan konflik dan pencapaian. Khususnya bagi dunia Islam. Harapan kesatuan ummah tidak akan tercapai dengan mudah melainkan ia semakin dihimpit dengan geo-politik rantau dan masalah dalaman negara-negara Islam sendiri. Bagi yang mengharapkan konflik berdarah di Timur Tengah akan selesai, mereka silap […]

Emas mampu akhiri hegemoni dolar US

KUALA LUMPUR – Emas sekali lagi menjadi perdebatan utama dalam kalangan pembuat dasar di peringkat global. Malah, sudah tiba masanya untuk ekonomi global mempunyai satu alternatif terhadap dolar US yang tidak menentu bagi membolehkan pelabur yang bijak dan sofistikated mengurangkan risiko tukaran mata wang dan melindungi portfolio aset mereka. Menurut Ketua Ekonomi IQI Global, Shan […]

Projek hijab Dr Farah dapat sambutan di UK

MANCHESTER – Hasil sambutan positif ke atas hijab pakai buang di United Kingdom, Dr Farah Shaheera Roslan sudah menerima lebih enam cadangan daripada institusi berprestij tempatan untuk bekerjasama dengannya bagi menjayakan projek itu. Memetik Hospital Oxford University sebagai antara enam yang mengemukakan cadangan, doktor muda berusia 26 tahun dari Seremban, Negeri Sembilan, berkata projek itu […]

Agong titah rakyat lebih bersatu pada 2020

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat Malaysia lebih bersatu dan bekerjasama demi keharmonian, kesejahteraan dan kedaulatan negara tercinta sempena Tahun Baru 2020. Titah Seri Paduka lagi, tahun baharu harus disambut dengan membuang jauh segala prasangka dalam kalangan rakyat demi kepentingan perpaduan, keharmonian serta semangat cintakan negara. […]

Menanti 2020 dengan debaran

Semua rakyat Malaysia menanti 2020 sebagai tahun keramat pencapaian kepada satu visi negara yang diperkenalkan sejak awal 90an. Visi 2020 adalah gambaran kepada sebuah masyarakat yang akan dikenali sebagai Bangsa Malaysia. Visi ini menjadikan masyarakat majmuk kepada sebuah masyarakat yang merangkul kepelbagaian dengan mengasaskan apa yang disifatkan sebagai masyarakat liberal ke arah keterbukaan dan hormat […]

Teruskan usaha jayakan pembentukan Malaysia Baharu

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan usaha menjayakan pembentukan Malaysia Baharu pada 2020, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Dengan mengakui 2019 adalah tahun penuh cabaran bagi kerajaan Pakatan Harapan melalui fasa pentadbiran, Timbalan Perdana Menteri mahu semua pihak meneruskan pelbagai usaha positif bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. “Untuk tahun 2020, […]

Abim tolak pelawaan China lawat Xinjiang

PETALING JAYA – Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menolak pelawaan kerajaan China terhadap pengkritik dasarnya di Xinjiang supaya melawat ke wilayah itu. Jemputan itu dibuat susulan beberapa perhimpunan yang diadakan di luar kedutaan China di Kuala Lumpur, yang menyaksikan pegawainya enggan menerima memorandum yang membantah pelanggaran hak asasi manusia yang mensasarkan umat Islam di Xinjiang […]

Mengapa melenting belajar jawi, disuruh nyanyi Negaraku?

Satu hantaran di laman Facebook Kelab Penyokong Imigresen Malaysia mendapat perhatian ramai apabila mengongsikan kisah tentang ‘padah’ tidak menguasai bahasa kebangsaan ketika memperbaharui pasport. Cerita yang memetik laporan Sinchew Daily itu berkisar tentang seorang ibu yang memberitahu tiga anak remajanya telah diminta oleh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk menyanyikan lagu kebangsaan dan membaca Rukun […]

Gunting rambut percuma YADIM Kedah

RELAU – Bertempat di Pejabat Penghulu Mukim Relau di sini, 75 orang pelajar dari keluarga asnaf terpilih telah menyertai program gunting rambut percuma sempena sesi persekolahan yang bakal kembali dibuka. Selain mendapat perkhidmatan gunting rambut secara percuma, para pelajar terpilih ini turut menerima bantuan berupa beg sekolah setiap seorang, hasil sumbangan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen […]