ISTAC dipelawa lawat Xinjiang

KUALA LUMPUR – Kerajaan China berhasrat mempelawa Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengadakan lawatan lapangan ke Beijing dan Xinjiang pada April atau Mei ini untuk mendapatkan perkembangan di wilayah itu secara langsung serta sahih, kata Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian. Ini kerana katanya, hubungan Malaysia-China berkembang pesat […]

YADIM-MTCA terus kukuhkan hubungan kerjasama

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Malaysian Turkey Culture Association (MTCA) sepakat untuk mempelbagai dan mengukuhkan lagi hubungan yang terjalin antara dua organisasi ini. Demikian hasil pertemuan dalam kunjungan MTCA ke ibu pejabat YADIM di sini pada 6 Januari. Pertemuan selama kira kira dua jam itu membincangkan pelbagai bentuk kerjasama yang boleh membawa […]

Melaka sasar RM120 juta kutipan zakat tahun ini

MELAKA – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Zakat Melaka menyasarkan kutipan zakat RM120 juta tahun ini, kata Ketua Menteri Adly Zahari. Beliau yang juga Pengerusi MAIM berkata sasaran itu dilihat realistik dengan kutipan memberangsangkan lebih RM98.85 juta melebihi sasaran RM95 juta yang dikutip tahun lepas. Katanya kutipan tahun lepas itu juga meningkat lebih 12 […]

Ketua Kesatuan Ulama Sedunia rujukan antarabangsa dalam Maqasid Syariah

PUTRAJAYA – Malaysia sedia menjadikan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) Prof Sheikh Dr Ahmad al-Raysuni sebagai rujukan antarabangsa dalam melaksanakan pentadbiran berteraskan Maqasid Syariah di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata selain pemikiran yang jelas tentang kehidupan hari ini, ulama dari Maghribi itu layak dipilih berdasarkan banyak […]

Asas agama Islam perlu diajar di sekolah vernakular

GEORGETOWN – Perkara asas mengenai agama Islam perlu diperkenalkan di sekolah vernakular di negara ini bagi memberi pemahaman mengenai ajaran Islam sebenar selain dapat mengukuhkan perpaduan kaum. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, pengenalan itu memberi peluang mereka memahami ajaran Islam yang selama ini mungkin disalah tafsir. Menurutnya, pemahaman […]

Penjualan air zam zam undang salah guna

KANGAR – Penjualan air zam zam secara terbuka dibimbangi akan mengundang transaksi jual beli yang boleh mengakibatkan ruang eksploitasi ke atas agama Islam bagi tujuan perniagaan. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata sejak dahulu lagi penguatkuasa agama di negeri itu tidak membenarkan penjualan sebarang produk menggunakan nama Islam dijual berleluasa. Tegasnya, tindakan […]

Russia iktiraf doktor Palestin Pakar Jantung terbaik 2019

MOSCOW – Biarpun pernah hidup sebagai pelarian, seorang rakyat Palestin kini menerima penghormatan sebagai Pakar Jantung terbaik bagi tahun 2019. Dr Imad Meri, dianugerahkan sebagai doktor Kardiologi dan Resusitasi terbaik daripada Kementerian Kesihatan Russia, lapor Pusat Maklumat Palestin (PIC). Pengiktirafan yang diberikan kepada Dr Imad adalah hasil daripada beberapa kejayaan yang diperoleh sepanjang kariernya itu. […]

Laksana projek rintis KAFA lima kali seminggu

KUANTAN – Kerajaan akan melaksanakan projek rintis pembelajaran Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) selama lima hari seminggu, berbanding tiga hari sahaja sekarang, pada tahun ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata projek rintis itu akan melibatkan tujuh sekolah kebangsaan setiap negeri dengan tempoh pelaksanaan selama setahun. Beliau berkata projek itu bukan […]

Kemasukan ke MANTAP – YADIM

Berita baik buat ibu bapa yang sedang mencari pusat pengajian tahfiz untuk anak-anak mereka menyambung pelajaran ke Tingkatan  1 ( Khas Untuk Pelajar Lelaki Sahaja). Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menubuhkan Maahad Antarabangsa Tahfiz dan Kepimpinan (MANTAP) yang akan beroperasi di Institut Latihan Dakwah Yadim (Yadim Training Centre) di Batu 14 1/2, Hulu Langat, […]

Penjual air zam-zam boleh didenda, dipenjara

KUALA LUMPUR – Penjualan air zam-zam adalah dilarang dan tidak dibenarkan di negara ini. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan memaklumkan individu yang melakukan kesalahan itu boleh berdepan tindakan undang-undang. “Tahukah anda bahawa air zam-zam adalah dilarang untuk dijual di Malaysia? “Mana-mana individu yang disabitkan kesalahan mengimport, mengedarkan dan menjual […]