Warga emas lumpuh disantuni YADIM Kelantan

KOTA BHARU – Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Terlantar dan amat sukar menguruskan diri akibat lumpuh separuh badan menyebabkan seorang warga emas di sini tinggal dalam keadaan amat menyedihkan. Kediamannya yang daif dan uzur menambah lagi derita Ismail Mahmud, 76 dari Kampung Langgar di sini yang bergantung harap pada ihsan orang lain […]

YADIM – Makhatertakfir Iran usaha bantu tangani ekstremisme

PUTRAJAYA – Sekretariat Makhatertakfir dari Iran berhasrat menjalin kerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam usaha menangani ekstremisme. Ketua Umumnya Dr. Mohammad Hassan Zamani berkata, usaha ini akan memfokuskan kepada kemanusiaan dan keamanan kerana mahu menonjolkan Islam itu sebagai agama rahmah tanpa mengira latar belakang dan ideologi. Hasrat tersebut disampaikan Mohammad Hassan dalam kunjungan […]

Sarapan percuma diteruskan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tetap akan meneruskan Program Sarapan Pagi (PSP) seperti yang dijadualkan bermula pada Isnin ini (20 Januari). Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memaklumkan perkara itu berkata, bagaimanapun ia hanya akan dikhususkan kepada pelajar yang tidak berkemampuan saja. “Kita akan teruskan program yang ada sekarang kepada mereka yang tidak mampu, tapi […]

Dong Zong akhirnya setuju Jawi bukan agenda Islamisasi

PUTRAJAYA- Akhirnya Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) bersetuju pelajaran tulisan Jawi di sekolah bukan bermotifkan Islamisasi kepada mana-mana pelajar bukan Islam. Ia adalah sebahagian daripada warisan budaya bangsa Malaysia seperti kaligrafi Cina, tulisan Tamil dan etnik-etnik lain. Justeru, setiap warisan itu termasuk Jawi perlu dihormati oleh semua pihak. Ini dinyatakannya dalam […]

KORY 2.0 memasyarakatkan YADIM dengan penduduk Besut

JABI – Merapatkan hubungan antara agensi agama Islam dan masyarakat dilihat penting sebagai salah satu cara penyebaran dakwah yang berkesan. Ia juga perlu dilaksanakan secara berkala bagi memastikan objektifnya tercapai. Bagi mencapai tujuan tersebut pada 11 Januari lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah mengadakan program Komuniti Rahmah Bersama YADIM (KORY) 2.0 di sekitar […]

KPM minta Jakim beri pandangan

PUTRAJAYA- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya memberi pandangan mengenai etika seorang Muslim untuk menghadiri sambutan perayaan Ponggal kerana diminta oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, JAKIM tidak pernah mengharamkan mana-mana perayaan cuma seseorang Muslim mempunyai etika yang perlu dipatuhi mengikut landasan agama Islam ketika […]

RM100 juta untuk sekolah tahfiz, agama

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan pada 15 Januari menyampaikan peruntukan berjumlah RM100 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan sekolah pondok berdaftar. Ianya disampaikan oleh Menteri Kewangan, Yang Berhormat (YB) Lim Guan Eng kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di sini. Menurut Guan Eng, […]

Wang pampasan mangsa kren tumbang bukti keprihatinan Raja Salman

KUALA LUMPUR – Pembayaran wang pampasan bagi jemaah haji yang terkorban dan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada 2015, membuktikan keprihatinan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, terhadap mangsa dan waris insiden berkenaan, kata duta negara itu ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan. Katanya, walaupun syarikat […]

Ziarah mangsa kebakaran di Bunut Susu.

PASIR MAS – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan terus prihatin dengan nasib golongan kurang bernasib baik di negeri ini, terutamanya yang ditimpa musibah. Bertempat di Kampung Paya Ular, Bechah Semak, Tendong di sini, sebuah keluarga yang kehilangan tempat berteduh mereka akibat kebakaran telah disantuni YADIM Kelantan pada 14 Januari. Sebagai membantu meringankan beban, keluarga […]

Putrajaya sudah ada garis panduan, fatwa mengenai Syiah

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa berkata kerajaan sudah mempunyai garis panduan dan fatwa yang jelas mengenai ajaran Syiah. Beliau berkata kenyataan diplomat Arab Saudi di Malaysia, Sheikh Abdurrahman Ibrahim Al-Rubai’in bahawa Syiah adalah ancaman kepada umat Islam adalah pandangan peribadinya. “Jadi kalau pun itu dia cakap sebagai pandangan dia, tetapi […]