Status jemaah haji Malaysia akan diketahui minggu hadapan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengumumkan status jemaah haji Malaysia minggu hadapan selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zukifli Mohamad Al-Bakri. Dr Zulkifli berkata, satu mesyuarat berkenaan status jemaah haji bersama Tabung Haji sebagai penyelaras jemaah haji di Malaysia telah diadakan baru-baru ini. […]

Ngo Palestin hargai bantuan dari Malaysia

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) hari ini (10 Mei) menyifatkan bantuan perubatan, termasuk peralatan perlindungan diri (PPE), yang dihantar Wisma Putra ke Palestin bagi membendung COVID-19 sebagai bukti hubungan baik kedua-dua negara. Bantuan disampaikan ke Palestin melalui kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia itu juga menggambarkan solidariti berterusan Malaysia kepada perjuangan rakyat […]

Malaysia akur pendirian Arab Saudi tangguh ibadah haji

KUALA LUMPUR – Kerajaan akur pendirian Arab Saudi yang menggesa umat Islam untuk menangguhkan rancangan menunaikan haji sehingga wabak Covid-19 dapat dikawal. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, terpulang kepada kerajaan Arab Saudi kerana mereka lebih memahami keadaan di sana. Bagaimanapun katanya, pihaknya akan mengikuti perkembangan dari semasa […]

WHO puji usaha Malaysia tangani Covid-19

PUTRAJAYA – Satu mesyuarat antara kerajaan Malaysia dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah diadakan pada 26 Mac dan badan dunia itu memuji langkah Malaysia menangani penularan wabak Covid-19. “Mereka puas hati dengan apa yang kita ada. Kita gunakan banyak kaedah, pertama adalah PKP, kedua aktiviti mencari pesakit positif, buat ujian dan asingkan serta kita rawat. […]

Pasukan penyelidikan diketuai Malaysia dapat pengiktirafan WHO

KUALA LUMPUR – Memandangkan banyak maklumat yang salah mengenai pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, penyelidik di seluruh dunia berusaha untuk menyalurkan fakta yang tepat mengenai wabak baharu ini. Masih ramai yang belum mengetahui bahawa terdapat pasukan penyelidikan yang diketuai Malaysia, diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk hasil kerja mereka mengenai CoronaTracker iaitu […]

Baiki hubungan Malaysia-India jangan sampai gadai prinsip

SHAH ALAM – Hasrat kerajaan untuk memperbaiki semula hubungan antara Malaysia dengan India perlu dilakukan berlandaskan prinsip dan kebenaran. Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, hubungan baik yang mahu dijalin semula antara kedua-dua negara tidak harus menggadaikan prinsip keadilan dan kebenaran yang selama ini dihormati oleh dunia terhadap Malaysia. […]

KKM jejaki 5,000 peserta tabligh untuk ujian COVID-19

PUTRAJAYA: Semua Jabatan Kesihatan Negeri kini giat mengesan lebih 5,000 peserta Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata siasatan itu dijalankan susulan laporan International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei, di mana kes yang disahkan positif […]

Muhyiddin umum 26 kementerian, tiada TPM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pembentukan 26 kementerian termasuk 4 menteri kanan yang akan membantunya menyelaras hal ehwal Kabinet, menggantikan peranan timbalan perdana menteri. Empat menteri kanan berkenaan – Mohamed Azmin Ali; Ismail Sabri Yaakob; Fadillah Yusof; dan Mohd Radzi Md Jidin – akan menyelaras bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan […]

Malaysia negara pertama perkenalkan Rahmatan Lil Alamin

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menjadi negara pertama memperkenalkan konsep Rahmatan Lil Alamin yang menekankan Islam sebagai agama rahmah dan memberikan kebaikan kepada semua. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf, berkata dasar itu perlu difahami dengan betul dan mendalam bagi mengelakkan pihak tertentu salah tafsir mengenai objektif konsep berkenaan. “Cabaran terbesar […]

KDNK berkembang 4.5 peratus

CYBERJAYA – Malaysia mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara berkembang pada paras 4.5 peratus tahun ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Bercakap kepada ahli Dewan Perniagaan dan Industri Perancis Malaysia (CCIFM) di sini pada 10 Februari, Dr Mahathir berkata, sejak mengambil alih negara pada 10 Mei 2018, kerajaan baharu memberi tumpuan untuk […]