Dr. Mahathir tubuh Majlis Tindakan Ekonomi

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi bertujuan meneliti serta membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memberitahu, majlis yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu terdiri daripada 16 ahli merangkumi beberapa menteri Kabinet, tokoh-tokoh ekonomi serta pemimpin-pemimpin industri. “Majlis ini ditubuhkan […]

Pelihara kepelbagaian kaum, jangan keruhkan keharmonian

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diingatkan agar tidak memandang ringan soal menjaga hubungan antara masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di negara ini kerana ia bukan sesuatu yang mudah untuk dikekalkan. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun kini rakyat Malaysia bertuah kerana masih dapat meraikan pelbagai perayaan termasuk Tahun Baru Cina dengan penuh […]

NGO Islam pohon serah Deklarasi Rakyat tolak Israel kepada PM

PUTRAJAYA – Lebih 45 badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam berhimpun di perkarangan pintu masuk Masjid Putra, Putrajaya bagi menunjukkan solidariti terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung penolakan kemasukan atlet Paralimpik Israel ke negara ini. Menurut Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid, kesemua NGO itu menyokong sepenuhnya keputusan Perdana Menteri, […]

Malaysia tidak kecewa IPC batalkan penganjuran

Tun M

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Malaysia tidak kecewa dengan tindakan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan hak penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2019. Tegas Perdana Menteri, Malaysia bertindak atas prinsip dan fakta bahawa Israel adalah “bangsa penjenayah” yang sering melanggar undang-undang antarabangsa tanpa ada pihak yang berani membantah. “Dia nak batal, batallah. Saya […]

ATM kaji ancaman teknologi 5G

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia dalam proses mengkaji dan mengenalpasti sebarang bentuk ancaman terhadap keselamatan negara membabitkan teknologi generasi kelima (5G) yang dipelopori China. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, berkata hasil kajian itu kemudian akan diserahkan kepada kerajaan. “Kita perlu lihat semua teknologi yang masuk ke Malaysia, kita jangan mudah […]

MHE19 buka peluang ketengah produk tempatan

Pembangunan Usahawan

KUALA LUMPUR – Penganjuran program Expo Halal Malaysia 2019 (MHE19) akan membuka peluang kepada 350 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dalam mengetengahkan produk di pasaran global. Menteri Pembangunan Keusahawanan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, expo tersebut secara tidak langsung turut menyediakan platform kepada PKS berkenaan untuk meneroka peluang perdagangan dan rangkaian khususnya dalam […]

MHE platform pasaran halal Jepun

MHE 2019

PUTRAJAYA – Ekspo Halal Malaysia (MHE) 2019 yang julung-julung kalinya dianjurkan Kementerian Pembangunan Usahawan merupakan platform terbaik kepada usahawan kecil dan sederhana tempatan mempromosi dan memasarkan produk mereka khususnya produk serta perkhidmatan halal ke pasaran dunia terutama Jepun. MHE akan berlangsung selama tiga hari bermula Khamis hingga Sabtu ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), […]

Malaysia tolak rakyat dari negara penjenayah

Tun Mahathir Speaks

VIENNA – Malaysia tidak akan membenarkan rakyat negara penjenayah seperti Israel memasuki negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, keputusan Malaysia tidak membenarkan atlet Israel bertanding dalam kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak, Julai ini adalah tindakan wajar. “Kita punyai hak untuk menerima atau menolak kemasukan mana-mana rakyat luar ke dalam […]

Selepas larang atlet Israel, bendera Malaysia berkibar di Gaza

PETALING JAYA – Selepas Malaysia tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara ini, bendera Malaysia dilihat berkibar di Gaza sebagai tanda penghargaan oleh rakyat Palestin. Peminat bola sepak Palestin meraikan pendirian Malaysia dalam solidariti dengan mengibarkan bendera Malaysia di Stadium Yarmouk, salah satu stadium tertua di Kota Gaza, semasa perlawanan bola sepak pada Sabtu. Di sebelah […]

Sukarelawan Malaysia tiba di Gaziantep bantu pelarian Syria

Presiden MVM berkata, sukarelawan Malaysia akan berada di Turki sehingga 26 Januari depan untuk menghantar bantuan makanan serta keperluan lain - Foto MVM

GAZIANTEP – Tujuh sukarelawan Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) dan Global Peace Mission (GPM) selamat tiba di sini yang terletak kira-kira sejam dari Kilis berdekatan sempadan Turki-Syria. Kumpulan sukarelawan yang turut disertai wartawan Bernama itu, dalam misi musim sejuk 3.O MVM-GPM, akan menyalurkan makanan dan selimut tebal untuk lebih 2,700 keluarga pelarian Syria di sempadan […]