Qari, qariah Malaysia juara Tilawah al-Quran Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Qari dan qariah Malaysia, Abdul Khair Jalil dan Nor Farhatul Fairuzah Panut masing-masing diumumkan johan kategori Tilawah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-61, malam tadi (20 April). Pada majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu, Abdul Khair memperoleh markah 93.02 peratus manakala Nor Farhatul Fairuzah meraih […]

Redzuan promosi produk halal Malaysia di Bosnia-Herzegovina

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Usahawan (MED) Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof kini dalam lawatan kerja ke Sarajevo, Bosnia-Herzegovina dari 16 hingga 21 April bagi mempromosi produk dan perkhidmatan halal Malaysia. Program beliau termasuk penyertaan sebagai ahli panel sesi kedua Forum Perniagaan Sarajevo (SBF) 2019 mengenai Cabaran untuk Kawasan Tenggara – Mengubah penghijrahan bakat kepada […]

Contohi Malaysia martabatkan al-Quran

KUALA LUMPUR – Imej Malaysia sebagai negara Islam yang memartabatkan al-Quran di peringkat nasional perlu dicontohi negara-negara lain khususnya Indonesia. Tidak kisahlah sama keputusan pilihan raya Presiden (Pilpres) Indonesia memihak kepada Joko Widodo yang lebih dikenali sabagai Jokowi atau pesaingnya, Prabowo Subianto, yang penting Presiden yang baharu perlu memberi lebih perhatian terhadap usaha mengangkat al-Quran […]

Malaysia cari jalan buka pejabat kedutaan di Palestin

KUALA LUMPUR – Malaysia berusaha mencari jalan kemungkinan membuka pejabat kedutaan di Palestin, meskipun sedar ia bukanlah satu perkara mudah, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau berkata, walaupun pada masa sekarang dari segi praktikalitinya usaha itu bukanlah mudah, namun ia penting bagi membolehkan Malaysia terus membantu rakyat Palestin yang sejak berdekad lalu dicengkam kezaliman […]

Bahrain mahu Malaysia jadi hab pasaran

KUALA LUMPUR – Bahrain menyuarakan kesediaannya menjadikan Malaysia sebagai hab pasaran produk-produk halal keluaran usahawan dari negara itu dan negara-negara Teluk ke rantau Asia dan China. Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Putera Khalifa Salman Al Khalifa dalam perbincangan dengan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Mohd. Yusof di pejabat Khalifa di Manama semalam. “Manama […]

Jangan suntik racun kebencian atas nama kaum, agama

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah perbuatan menyuntik minda dengan racun kebencian dan menyemai jiwa dengan semangat permusuhan, amat membahayakan, apatah lagi apabila ia dilakukan atas nama kaum dan agama. Baginda bertitah, peristiwa hitam dan berdarah di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu, jelas membuktikan elemen kejutan yang boleh berlaku pada […]

Doktor Malaysia khatankan kanak-kanak di selatan Thai

PATTANI – Sekumpulan doktor dari Malaysia menabur khidmat bakti dengan mengkhatankan kanak-kanak secara percuma di Pattani, selatan Thailand. Diketuai Pakar Bedah Neurosurgeri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, Dr Nujaimin Udin, Program Khatan Amal Nusantara telah mengkhatankan lebih 100 orang kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun di wilayah yang bergolak itu. Beliau berkata, […]

Produktiviti penting untuk kemajuan ekonomi

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, gaji tinggi tanpa peningkatan produktiviti tidak bermakna kerana hanya akan membawa kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Perdana Menteri berkata, pakar ekonomi dan perniagaan selalu mengingatkan beliau bahawa produktiviti sangat penting untuk kemajuan ekonomi. Beliau berkata, satu daripada cabaran terbesar ahli perniagaan Malaysia kini ialah meningkatkan produktiviti […]

Jemaah Malaysia puji program tetamu Raja Arab Saudi

MAKKAH – Rakyat Malaysia yang terpilih sebagai tetamu Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud memuji penganjuran program itu kerana mereka bukan sahaja berpeluang menunaikan ibadat umrah malah mengeratkan silaturahim sesama peserta dari seluruh dunia. Program 10 hari itu, yang bermula pada 3 April lepas, disertai 225 jemaah dari 27 negara termasuk Malaysia, […]

Pasaran kerja masa depan utamakan aspek kemahiran teknologi

KUALA LUMPUR – Permintaan terhadap pasaran kerja di negara ini bagi dekad seterusnya akan menyaksikan peralihan daripada berintensifkan buruh tradisional kepada pekerjaan bergaji tinggi yang memerlukan kemahiran teknologi. Pengarah Michael Page Malaysia, May Wah Chan berkata pekerjaan yang berkaitan aspek seperti keselamatan siber, data raya, perlindungan data, kecerdikan buatan serta robotik juga akan lebih mendapat […]