Pengerusi Bank Rakyat dinobat Wanita Paling Berpengaruh dalam Perniagaan dan Kewangan Islam
KUALA LUMPUR – Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso dinobatkan sebagai Wanita Paling Berpengaruh dalam Perniagaan dan Kewangan Islam semasa Anugerah WOMANi 2019 baru-baru ini. Noripah menduduki tempat pertama dalam kalangan 300 senarai wanita di peringkat antarabangsa dari 16 buah negara, dengan penentuan kedudukan (ranking) ditentukan berdasarkan keupayaan membawa perubahan, mengatasi halangan dan mewujudkan peluang […]
‘Kerjasama kukuh tepis permintaan bertentangan Islam, Perlembagaan’
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah, institusi agama kerap menerima tekanan daripada luar seperti pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kementerian Luar Negeri dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam usaha mereka menegakkan hak asasi manusia namun bertentangan dengan syariat Islam dan Perlembagaan Persekutuan. Baginda bertitah hanya kesatuan serta […]
‘Kahwin sesama jenis… bolehkah dapat anak?’ – Tun Mahathir
LONDON – Malaysia tidak mungkin akan membenarkan perkahwinan sesama jenis seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain termasuk Taiwan baru-baru ini. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana perkahwinan sesama jenis tidak mampu melahirkan zuriat seperti perkahwinan di antara lelaki dan perempuan. “Saya tak faham perkahwinan sesama jenis ini. Perkahwinan ialah tentang anak. Kalau […]
Jalinan dakwah Malaysia – Singapura
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dijemput untuk meneroka dan menjalin hubungan yang lebih erat dengan badan badan dakwah di Singapura selepas ini menerusi pelbagai pendekatan. Pengarah Urusan MZ Academy, Muhd Zuhaili Sabudin berkata, terdapat peluang yang begitu besar bagi tujuan berkenaan di Singapura, memandangkan masih ramai golongan Muslim di republik itu yang kekurangan […]
Agong, Permaisuri titah Aidilfitri kepada seluruh rakyat
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia. “Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari kami berdua,” titah Seri Paduka Baginda dalam ciapan Twitter milik Raja Permaisuri Agong.- Utusan […]
Abdul Halim anak Malaysia pertama Ketua Kompeni Kadet di Amerika
KUALA LUMPUR – Mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Kompeni Kadet di Akademi Tentera Amerika Syarikat West Point, bukanlah tugas yang mudah bagi Abdul Halim Abdul Rahim. Namun sifat kepimpinan anak muda berusia 23 tahun itu, berjaya mengetuai 120 anggota pasukannya dengan cemerlang, selain menonjolkan kemampuan beliau untuk menjadi pegawai tentera […]
Arab Saudi kaji permohonan Malaysia tambah kuota haji
MAKKAH – Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Muhammad Saleh Taher Benten berkata pihaknya akan membuat kajian menyeluruh berhubung permohonan Malaysia untuk menambah kuota jemaah haji tahun ini. Beliau berkata sebelum ini, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berbincang dan membuat keputusan dalam penentuan kuota haji setiap negara. “Kuota setiap negara diagihkan mengikut apa yang dibincangkan… kuota […]
Kukuhkan perpaduan melalui kepelbagaian agama
KUALA LUMPUR – Kepelbagaian agama yang terdapat di Malaysia harus digunakan sebaiknya bagi mengeratkan lagi perpaduan antara semua lapisan masyarakat, kata Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Baharin Idris. Beliau berkata apabila masyarakat lebih terbuka untuk mengenali dan memahami serta meraikan kepelbagaian agama, ia akan mengukuhkan lagi persefahaman antara kaum dan agama. […]
Malaysia tawar biasiswa kepada pelajar Palestin
PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar Palestin bagi melanjutkan pengajian di 12 universiti terkemuka di Malaysia. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, biasiswa berkenaan ditawarkan kepada pelajar terpilih melalui Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM). “Biasiswa itu membolehkan pelajar Palestin melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsasah […]
Malaysia perluas pasaran halal di 10 negara menerusi OBOR
SEOUL – Malaysia akan memperluas perkhidmatan halal ke 10 negara menerusi pelaburan AS$1 trilion China — inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan (OBOR), menurut Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC). Naib Presidennya Hanisofian Alias berkata, negara baharu itu termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Mesir, Turkmenistan, Iran, Tajikistan, dan Bosnia dan Herzegovina. “Sepanjang laluan OBOR ini, terdapat kira-kira 10 negara […]