Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tunggu lampu hijau MAIWP

KUALA LUMPUR – Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini, yang terbakar dan mengorbankan 23 individu hampir tiga tahun lalu, dikosongkan sehingga mendapat arahan lanjut Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Pengetuanya, Mohd Zahid Mahmood, berkata ketika ini, pihaknya menunggu lampu hijau daripada MAIWP untuk membaiki dan menaik taraf bangunan itu. “Saya pun kena selesaikan […]

MAIWP salur bantuan kecemasan RM2,000 kepada mangsa kebakaran

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan bantuan kecemasan sebanyak RM2,000, kepada sebuah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran rumah di Taman Batu Muda, di sini. Pengerusinya Datuk Seri Syed Hussien Al-Habshee berkata, Kit Musibah yang mengandungi barangan keperluan diri seperti barangan mandi, pakaian dan telekung, serta bantuan makanan turut disalurkan kepada keluarga […]

Tadika Islam Maiwp beri yuran percuma

KUALA LUMPUR – KUALA LUMPUR: Pelajar tadika Islam di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang kurang berkemampuan akan menikmati yuran pengajian percuma. Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee berkata inisiatif itu akan dinikmati pelajar daripada keluarga golongan asnaf dan B40 di Wilayah Persekutuan. “Sebelum ini golongan asnaf dan B40 masing-masing dikenakan yuran […]

Boleh mohon zakat lebih sekali

KUALA LUMPUR – Tiada halangan kepada mana-mana pihak khususnya golongan asnaf untuk memohon bantuan zakat kali kedua atau ketiga daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Akbar Samon, berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan untuk membantu orang ramai yang dalam kesusahan meskipun individu itu […]

MAIWP lulus 15,397 permohonan Bantuan Zakat Kecemasan

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan bantuan kepada 9,000 daripada 15,397 pemohon diluluskan menerusi program Bantuan Zakat Kecemasan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Akbar Samom berkata, MAIWP menerima 23,995 permohonan dan 5,366 masih dalam proses kelulusan, manakala 3,232 gagal kerana tidak menepati kriteria. Beliau berkata, RM5.9 juta […]

PPZ-MAIWP, CIMB Islamic lancar kempen bersama

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic) melancarkan Kempen ‘Giving Back Earn More To CIMB Preferred Customers’ di sini pada 5 Mei. Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, kempen yang berlangsung selama lapan bulan bermula Mei hingga Disember 2020 melibatkan […]

Sumbangan topeng muka, termometer & pembasmi kuman kepada CMS JKKNKL oleh MAIWP

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menyampaikan sumbangan beberapa bentuk peralatan Personal Protective Equipment (PPE) kepada Crisis Management Centre Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (CMS JKKNKL) untuk digunakan oleh petugas barisan hadapan. Peralatan yang disumbangkan terdiri daripada 250 ribu topeng […]

Boleh mohon zakat kecemasan MAIWP

KUALA LUMPUR – Golongan yang terjejas pendapatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan boleh memohon Bantuan Zakat Kecemasan yang disediakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bermula hari ini (13 April). MAIWP memaklumkan, permohonan boleh dibuat secara dalam talian bermula jam 8 pagi melalui laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my. MAIWP turut mengingatkan mereka yang sudah […]

Pengurusan endorsan tanah wakaf lebih sistematik menerusi ‘vesting’

KUALA LUMPUR — Pengurusan endorsan tanah wakaf, terutama di bawah kendalian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), bakal menjadi lebih sistematik dengan pelaksanaan Perletakhakan Tanah Wakaf atau ‘vesting’ di bawah Seksyen 416 C Kanun Tanah Negara. Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWPKL) Datuk Che Roslan Che Daud berkata kaedah vesting digunakan bagi menangani […]

MAIWP harap konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ diperluas ke negara Komanwel

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berhasrat meluaskan pemahaman konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ (rahmat untuk semua) di peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan negara Komanwel. Pengerusi MAIWP Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee berkata pihaknya akan mengambil kesempatan mengetengahkan perkara itu ketika lawatan kerja Setiausaha Agung Komanwel Patricia Scotland ke Malaysia pada 9 hingga […]