Reformasi Sistem Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia
Sistem perundangan syariah di Malaysia telah melalui evolusi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, yang menggunakan undang-undang syariah dalam pentadbiran. Semasa penjajahan British, undang-undang sivil diperkenalkan tetapi undang-undang Islam terus digunakan dalam hal-hal peribadi. Selepas kemerdekaan, Mahkamah Syariah diperkukuh melalui pelbagai institusi seperti Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Pindaan Perlembagaan 1988 menerusi Perkara 121(1A) memberi autonomi […]
Ditahan Jawi, Siti Nuramira dijangka didakwa di Mahkamah Syariah esok
Kuala Lumpur – Hanya beberapa minit selepas dibebaskan, wanita kontroversi yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi, Siti Nuramira Abdullah ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini. Siti Nuramira, 26, ditahan penguatkuasa Jawi selepas menandatangani Borang Jamin dengan ditemani peguamnya Ramesh Chandran di Kaunter Jaminan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur […]
Mahkamah Syariah Rendah Klang tetap beroperasi
SHAH ALAM – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor memaklumkan Mahkamah Rendah Syariah Klang tidak termasuk dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mukim Klang yang berkuat kuasa 9 Oktober. Bagaimanapun Mahkamah Rendah Syariah Klang hanya akan memulakan operasi pada Isnin depan berikutan masih lagi terikat Arahan Penyelarasan Perkhidmatan dan Operasi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri atau Mahkamah […]
Perak muncul negeri pertama wujudkan Mahkamah Utama Syariah
IPOH – Perak muncul negeri pertama mewujudkan Mahkamah Utama Syariah (MUS) yang memberi peluang kedua kepada pihak bertikai untuk mengemukakan rayuan. Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor, berkata sebelum ini kes bermula pada peringkat Mahkamah Tinggi Syariah seperti tuntutan harta sepencarian dan hadanah (hak jagaan anak), hanya ada sekali hak […]
Mahkamah Syariah Perak laksana e-payment
IPOH – Mahkamah Syariah Negeri Perak menjadi yang pertama dalam negara melaksanakan kaedah pembayaran secara elektronik (e-Payment), sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan di mahkamah berkenaan. Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, Datuk Asa’ari Mohd Yazid berkata, inisiatif dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad itu merangkumi pelbagai kategori termasuk pendaftaran kes dan pembayaran denda dan akan […]
Mahkamah syariah beroperasi sepenuhnya, mulai 10 Jun
KUALA LUMPUR – Semua Mahkamah Syariah di seluruh negara beroperasi semula sepenuhnya semalam (10 Jun), kata Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 8 Jun lalu. Mohd Na’im berkata, pihaknya […]
PKPB: Bicara malam di Mahkamah Syariah atasi kes tertangguh
KUALA LUMPUR – Mahkamah syariah dijangka perlu melanjutkan prosiding hingga sebelah malam, bagi menangani kes yang tertangguh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana COVID-19. Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pihaknya menggalakkan prosiding hingga malam kerana mengambil kira, tiga bulan mahkamah tidak mengendali kes. Beliau berkata, pandemik […]
Mahkamah Syariah N. Sembilan berjaya selesaikan 4,130 kes
SEREMBAN – Mahkamah Syariah Negeri Sembilan berjaya menyelesaikan sebanyak 4,130 kes atau 59 peratus daripada keseluruhan 7,000 kes yang didaftarkan di mahkamah itu tahun lepas, kata Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan Abas Nordin. Beliau berkata bagaimanapun bagi tempoh Januari hingga 31 Ogos lepas, sebanyak 5,551 kes didaftarkan merangkumi kes cerai, jenayah dan […]