ARAB SAUDI LANCAR ‘VISI MADINAH’, SEDIA SAMBUT 30 JUTA JEMAAH UMRAH MENJELANG 2030
KUALA LUMPUR – Putera Mahkota Arab Saudi Putera Mohammed bin Salman pada Rabu melancarkan ‘Visi Madinah’ untuk membangunkan sayap timur Masjid Nabawi, Madinah bagi menerima kedatangan 30 juta jemaah umrah dari dalam dan luar Arab Saudi. Saudi Press Agency (SPA) memetik kenyataan Putera Mohammed bin Salman berkata, “Visi Madinah ini selari dengan objektif Wawasan […]
Hampir 94,000 bersolat di Masjid Nabawi
MADINAH – Seramai 93,774 orang jemaah menunaikan solat di Masjid Nabawi pada hari pertama ia dibuka Ahad lalu. Jemaah paling ramai semasa solat Maghrib dengan jumlah 40,356 orang menurut Agensi Masjid Nabawi yang diletakkan di bawah Presiden bagi Hubungan Dua Masjid. Masjid itu telah membuka 11 pintu bagi menerima jemaah sejam sebelum waktu solat dan […]
Gabenor Madinah kaji langkah lindungi jemaah haji
RIYADH – Gabenor Madinah, Putera Faisal Salman mengkaji langkah pencegahan untuk melindungi para jemaah ketika musim haji akan datang. Saudi Press Agency (SPA) melaporkan Putera Faisal turut menekankan kepentingan tentang memperkasakan langkah untuk membendung penularan koronavirus (Covid-19). Beliau mengeluarkan kenyataan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Haji di Madinah.. Putera Faisal menegaskan tentang keperluan untuk mematuhi […]
Usahawan Mee Mahu Kembang Perniagaan Ke Tanah Suci
Walaupun didiagnos dengan penyakit sakit tulang belakang yang teruk (Degenerative Lumber Prolapse) pada 1995 namun Md Sabidi Abdullah, 70, berjaya membuktikan kesakitan dan faktor umur bukanlah penghalang untuk beliau menjadi usahawan yang berjaya. Md Sabidi yang kini mengusahakan restoran Mee Masjid bersebelahan Masjid Firdaus, Segambut dengan dibantu oleh dua orang anak lelakinya sejak 2010 itu […]
Tingkat pemahaman mengenai umrah fokus jemaah
MADINAH – Selain daripada melakukan aktiviti ziarah di Masjid Nabawi dan kawasan sekitar tanah suci ini, jemaah haji Malaysia yang kini dalam fasa terakhir menyediakan diri dengan pengetahuan untuk mengunjungi Mekah. Menurut Pengurus Ibadat Madinah Tabung Haji, Mohd. Zamri Ramli, memandangkan kebanyakan jemaah Malaysia yang tiba awal di sini akan berada hanya enam hari di […]
Kumpulan pertama 480 jemaah haji Malaysia dijadual tiba hari ini
KUALA LUMPUR – Kumpulan pertama seramai 480 jemaah haji Malaysia dijadual tiba pada 4 Julai di Madinah, kata Pengarah Operasi Madinah Lembaga Tabung Haji (TH), Affandi Abdullah. Beliau berkata persiapan kumpulan petugas TH di Madinah kini pada tahap 90 peratus dan beliau yakin, pasukan itu bersedia menyambut kedatangan kumpulan pertama jemaah haji. “Pada tahun ini, […]
Malaysia akan pertahan Makkah, Madinah jika diserang
SUNGAI PETANI 20 Jun. – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia akan bersama-sama Arab Saudi mempertahankan Makkah dan Madinah sekiranya diancam. Beliau sehubungan itu memaklumkan akan ke Jeddah malam esok bagi menghadiri mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Ahad berhubung kononnya serangan peluru berpandu Yaman. Beliau berkata, mesyuarat itu […]
Lagi tarikan untuk jemaah haji, umrah: Muzium papar kehidupan Nabi Muhammad di Madinah
MADINAH 10 Jan. – Beberapa buah muzium peribadi sudah dibuka di Madinah, sejak Suruhanjaya Saudi mula mengeluarkan lesen. Di Muzium Dar Al-Madinah, para pengunjung dan pengkaji boleh mempelajari tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW, ketamadunan Islam dan kebudayaan bandar Madinah. Ia merupakan “muzium pertama dan paling besar khusus bagi sejarah dan warisan budaya Madinah serta mercu […]