Ziarah Kasih pesakit kronik bersama Sukarelawan YADIM Machang
MACHANG – Bukan kecil pengorbanan Mohd Khairul Azhar Ahmad. Dia meninggalkan keluarganya di Perlis untuk menjaga ibunya yang kini terlantar akibat diserang angin ahmar sejak tiga bulan lalu. Ibunya, Puan Ishah Daud, 72 kini bergantung kepada Mohd Khairul Azhar untuk menguruskan dirinya. Kini hanya mampu minum susu, anak lelakinya itulah yang menguruskan segala keperluannya. Isterinya […]
YADIM Kelantan Ziarah Pesakit Kanser Hidung
MACHANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 30 April telah meluangkan masa menziarahi Mariah Ismail, 61 tahun di Hospital Machang, yang sebelum ini kisahnya viral di media sosial. Makcik Mariah kini di hospital tersebut bagi menjaga anaknya, Abdul Halim Mat Hasan 27 tahun terlantar akibat mengalami kanser pangkal hidung sejak 7 tahun lalu. […]
YADIM Peduli.: Ziarah Asnaf di Kota Bharu
MACHANG – Asmariham Awi, 46 merupakan seorang pengidap kencing manis yang baharu sahaja menjalani pembedahan akibat penyakitnya itu. Malang bagi dirinya, kaki kirinya terpaksa dipotong hingga ke paras lutut. Keadaannya itu sekarang menyebabkannya sukar bergerak dan menguruskan dirinya selain terpaksa bergantung kepada suami, Mohd Donsukari Mamat, 47 untuk membantunya. Mohd Donsukari pula kini hilang punca […]
Barangan penjagaan kebersihan untuk Pusat Pemulihan Akhlak Machang
MACHANG – Pada 24 Mac, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan mengadakan program YADIM Peduli Musaádah 2.0 di Pusat Pemulihan Akhlak Machang di sini. Sebanyak 400 pasang sarung tangan, 2,000 unit pelitup muka dan 24 botol cecair nyahkuman disampaikan untuk kegunaan para petugas di pusat berkenaan. Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang […]
Sumbangan Kembali Ke sekolah Mawar-Yadim dan Kelab Machang Penyayang
MACHANG – Nasib golongan kurang berkemampuan dan wanita terus mendapat perhatian Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Kelab Machang Penyayang (KMP) Prihatin dengan nasib golongan kurang berkemampuan menjelang sesi persekolahan yang bakal dibuka tidak lama lagi, MAWAR-Yadim dan KMP telah mengadakan program Seminar Transformasi Minda Wanita dan Penyampaian Sumbangan […]