Peruntukan RM25 juta untuk sekolah pondok diagih awal
PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan menyerahkan cek berjumlah RM25 juta yang diperuntukkan kerajaan persekutuan untuk diagihkan kepada 283 sekolah pondok berdaftar di seluruh Malaysia. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyampaikan cek dengan jumlah tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof di kementeriannya pagi ini. Guan Eng berkata penyerahan peruntukan yang diumumkan dalam […]
Tiada kenaikan tol tahun depan
PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan tiada kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya seluruh negara tahun depan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pembekuan kenaikan kadar tol itu membabitkan implikasi kewangan kerajaan berjumlah RM994.43 juta. Beliau berkata, Kabinet pada 12 Disember lalu bersetuju membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di […]
Cukai golongan kaya hanya cetus kejutan
KUALA LUMPUR -Pelaksanaan cukai kekayaan, warisan dan keuntungan modal yang menyasarkan golongan isi rumah berpendapatan tinggi 20 peratus (T20) bakal mengundang pelbagai kesan negatif. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata penetapan cukai untuk golongan kaya itu dikhuatiri mencetuskan kejutan terhadap pasaran modal dan kedudukan kewangan negara. Katanya, pendirian itu dikemukakan Jawatankuasa Reformasi Cukai yang ditubuhkan […]