Tarikh Lihat Anak Bulan Zulhijah 18 Jun

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha adalah pada petang Ahad, 18 Jun bersamaan 29 Zulkaedah 1444 Hijrah, demikian menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu Hari Raya Aidiladha […]