Malaysia kutuk pencerobohan terbaharu di Masjid al-Aqsa
Putrajaya: Malaysia mengutuk pencerobohan terbaharu ke atas Masjid Al-Aqsa oleh Israel pada 18 Mei. Menurut Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra), dalam satu kenyataan, pencerobohan yang dirancang ke tapak suci umat Islam dan perarakan bendera di Kota Lama Baitulmaqdis memburukkan lagi keadaan. “Tindakan sedemikian merupakan provokasi jelas dan pencabulan terang-terangan terhadap kesucian tapak suci yang dihormati. […]
Malaysia kutuk serangan dron di Arab Saudi
KUALA LUMPUR – Malaysia mengecam serangan dron ke atas loji minyak Aramco di Arab Saudi yang dikhuatiri boleh menjejaskan kestabilan dan keselamatan rantau Timur Tengah. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau mengambil maklum mengenai keadaan yang sedang berlaku dan Malaysia akan sentiasa memantau serta mengikuti perkembangan tersebut. “Pertama, kita tidak suka peperangan tetapi apabila […]
Malaysia kutuk rancangan Netanyahu
KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini mengutuk keras kenyataan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berhubung rancangannya untuk memperluaskan pendudukan negara itu di Wilayah Palestin di Tebing Barat. Kementerian Luar dalam kenyataannya berkata kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu akan menjejaskan sebarang usaha untuk membawa penyelesaian jangka panjang dan keamanan di Timur Tengah. “Ia memperlihatkan bahawa […]
Hamas kutuk duta AS sokong Zionis duduki Tebing Barat
GAZA – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengutuk kenyataan duta Amerika Syarikat (AS), David Friedman bahawa Israel berhak mengambil ruang tambahan di Tebing Barat yang diduduki secara haram. Jurucakap Hamas, Hazem Qasem berkata, kenyataan Friedman itu mengetengahkan pembabitan AS dalam tindakan penindasan rejim pengganas Israel dan menyasarkan isu Palestin. “Kenyataan duta AS seiring dengan visi […]
Turki kutuk Israel perluas rumah haram Yahudi di Baitulmaqdis
ANKARA – Turki mengutuk tindakan rejim pengganas Israel memperluaskan rumah haram Yahudi di Timur Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Anadolu. Kementerian Luar Turki dalam satu kenyataan berkata, kegiatan Israel meneruskan aktiviti haram berkenaan ketika hampir Syawal menunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan rejim itu. Kementerian itu berkata, Israel terus merampas hak rakyat Palestin dengan meluluskan pembinaan lebih 800 […]
Malaysia kutuk serangan rejim Zionis ke atas Palestin
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengutuk tindakan rejim Zionis Israel yang melancarkan serangan bertubi-tubi dari udara dan darat di Gaza sejak Jumaat lepas. Beliau berkata, tindakan rejim itu dikutuk sekeras-kerasnyanya, terutama ketika umat Islam di Palestin dan seluruh dunia sedang mengadakan persiapan untuk menyambut Ramadan. “Kerajaan (Malaysia) […]
Mujahid kutuk serangan di Sri Lanka
PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengutuk sekeras-kerasnya insiden keganasan di Sri Lanka ketika penganut Kristian merayakan sambutan perayaan Easter, semalam. Katanya tindakan menceroboh atau merosakkan mana-mana rumah ibadat bukan sahaja membangkitkan kemarahan tetapi turut menyebabkan kebencian antara agama. Beliau berkata Islam turut menolak semua bentuk keganasan yang melibatkan […]
Universiti al-Azhar mengutuk serangan pengganas di Sri Lanka
KAHERAH – Universiti al-Azhar mengutuk serangan ‘pengganas’ melibatkan hotel dan gereja ketika sambutan Easter yang mengorbankan 207 nyawa di Sri Lanka, hari ini. Menurut Imam Besar institusi itu, Sheikh Ahmed al-Tayeb, beliau tidak dapat membayangkan bagaimana seorang manusia boleh membuat serangan pada keamanan ketika hari sambutan berkenaan. “Perlakuan pengganas-pengganas ini bertentangan dengan ajaran semua agama. […]
Malaysia kutuk kekejaman Israel
KUALA LUMPUR – Malaysia tidak berganjak dengan pendirian menolak dan mengutuk sebarang kekejaman rejim Israel terhadap Palestin, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata, pendirian itu juga harus dizahirkan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi menunjukkan solidariti dan bersama berjuang mengutuk keganasan dan penindasan ke atas umat Islam di bumi […]
Malaysia kutuk serangan berterusan Israel ke atas Gaza
LANGKAWI – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas Gaza semalam, beberapa jam selepas roket Palestin mengenai sebuah rumah di Tel Aviv. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia menentang tindakan keganasan Israel yang menyerang Gaza. “Serangan balas kalau dia (Israel) buat tentu lebih teruk daripada apa yang terkena kepada Israel. Itulah cara […]