Kunjungan hormat kepada Exco Agama Kedah

ALOR SETAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 7 Disember telah mengadakan satu kunjung hormat kepada Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah, Yang Berhormat Brigedier Jeneral (B) Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad. Kunjungan di pejabat Dato’haji Najmi itu, yang diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd Fakrudin […]

Kunjungan hormat Dato’ Dr Mohd Fakhrudin kepada TYT Melaka

AYER KEROH – Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Yang Berbahagia Dato’ Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti pada 11 September telah melakukan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama, Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam. Kunjungan kepada Tun Mohd  Ali di pejabat beliau di sini, turut disertai oleh Pengarah Kanan Sektor […]

Beri Penekanan Kepada Akidah

PEKAN – Gerak kerja dakwah di negara ini perlu memberi penekanan kepada aspek akidah dan tasawuf kerana ia merupakan aspek penting dalam menjadi benteng serangan pemikiran generasi akan datang. Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan […]

Ziarah dan sumbangan YADIM kepada Community Aids Service Penang

BUKIT MERTAJAM – Community Aids Service Penang (CASP) merupakan sebuah rumah perlindungan yang menempatkan pesakit AIDS yang memerlukan bantuan di sini. Prihatin dengan usaha ini yang memerlukan sokongan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 26 Ogos tampil menghulurkan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada rumah ini. Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin […]

Teroka peluang kerjasama dakwah dengan TV Al Hijrah

PUTRAJAYA – “Dakwah sememangnya tidak boleh terlepas daripada platform penyampaian dan penyiaran. “Kalau kita mempunyai medium penyiaran seperti TV Hijrah yang boleh dicapai lebih ramai masyarakat, maka ia lebih berkesan dan bermanfaat,” kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan. Beliau berkata  demikian ketika ditemui selepas kunjung hormat TV Al […]

Kunjungan DMY ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor

KUALA LUMPUR – Para pelatih Daie Muda YADIM (DMY) telah berkunjung ke Dewan Perhimpunan Cina Selangor (KLSCAH) di sini bagi mempelajari aspek budaya antara kaum dan mengeratkan hubungan antara kedua pihak yang mempunyai latar belakang berlainan. Menerusi lawatan pada 29 Jun ini juga, pelatih DMY berharap akan dapat mempelajari cara kerja dan budaya masyarakat Cina […]

YADIM-MTCA terus kukuhkan hubungan kerjasama

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Malaysian Turkey Culture Association (MTCA) sepakat untuk mempelbagai dan mengukuhkan lagi hubungan yang terjalin antara dua organisasi ini. Demikian hasil pertemuan dalam kunjungan MTCA ke ibu pejabat YADIM di sini pada 6 Januari. Pertemuan selama kira kira dua jam itu membincangkan pelbagai bentuk kerjasama yang boleh membawa […]

Kunjungan Fiqhi Council of Australia

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 16 Disember telah menerima kunjungan tiga orang wakil dari Fiqhi Council of Australia di ibu pejabatnya di sini. Kunjungan diketuai oleh presiden majlis itu, Sheikh Yahya Safi pada jam 3.30 petang disambut sendiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz serta kepimpinan […]

Kunjungan HIMSAK ke YADIM

PUTRAJAYA – Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) hari ini mengadakan kunjungan ke Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bagi mencari peluang bekerjasama dengan badan dakwah ini. Seramai empat orang wakil badan bukan kerajaan (NGO) tersebut, diketuai presidennya, Dato’ Mohd Faizal Daud telah menemui Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz bagi membincangkan apakah […]

Kunjungan Unit Audit dan Kualiti YADIM ke MBSA

SHAH ALAM – Dalam memastikan gerak kerja dakwahnya dilaksanakan dengan sistematik dan professional, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) komited memastikan audit dan kawalan dalamannya sentiasa dilaksanakan sama ada ke atas operasi mahupun pengurusannya. Justeru, menyedari tanggungjawab besar yang dipikul mereka, Unit Audit dan Kualiti YADIM pada 12 November telah melaksanakan satu lawatan kerja ke Bahagian […]