Program Kefahaman Islam Saudara Kita Bahagian Kuching
KUCHING – Telah berlangsung Program Kefahaman Islam Saudara Kita Bahagian Kuching di sini pada 5 Disember anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak. Perasmian program telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Marzuk Bin Shaary. Ia bersempena lawatan kerja beliau ke negeri ini. Dalam ucapannya, […]
YADIM Sarawak Sanitasi Surau At Taubah Kampung Semariang Batu
KUCHING – Surau At Taubah di Kampung Semariang Batu di sini menjadi lokasi terbaharu program sanitasi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak. Program pada 24 Julai itu bermula pada jam 8 pagi, dengan disertai tiga orang kakitangan YADIM Sarawak dan dua anggota Sukarelawan YADIM Bahagian Kuching. Proses sanitasi dilakukan di sekitar kawasan ruang solat […]
Nasi kerabu untuk Kongsi Rezeki YADIM Sarawak
KUCHING – Bersempena dengan program Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360), YADIM Sarawak bersama Sukarelawan YADIM (SAY) Kuching telah mengagihkan 100 pek makanan berupa nasi kerabu di sekitar bandaraya ini pada 7 Mei. Pengagihan pek makanan tersebut telah bermula pada jam 3.00 petang. Destinasi pertama agihan pek makanan tersebut adalah di Rumah […]
YADIM Sarawak sasar 100 kotak makanan untuk madrasah sekitar Kuching
KUCHING – Sebanyak 100 kotak makanan yang mengandungi set barangan keperluan harian disasarkan untuk disampaikan kepada sekolah sekolah pondok dan madrasah sekitar bandaraya ini oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak menerusi program Musaádah 2.0. Pengarahnya, Awang Dulhadi Awang Mat berkata, pihaknya memandang tinggi peranan sekolah pondok dan madrasah tahfiz dalam usaha melahirkan generasi celik […]
Musa’adah Covid-19 di Kuching
KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 19 Mac telah menyampaikan sumbangan tujuh set barangan keperluan harian untuk tujuh keluarga yang terkesan dengan Covid-19 di bandaraya ini. Kesemua mereka dikehendaki menjalani kuarantin ekoran penularan Cocid-19. Sumbangan disampaikan di tiga buah keluarga di Kampung Rampangi, dua buah keluarga di Kampung Semerah Padi dan dua […]
ODP Jabatan Penjara Kuching terus didekati YADIM Sarawak
KUCHING – Adalah penting untuk memastikan kebajikan dan perhubungan dengan Orang Yang Diparol (ODP) sentiasa disantuni dan terjalin sebagai salah satu usaha memulih dan mengembalikan mereka kepada masyarakat. Sesuai dengan tujuan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM ) Sarawak pada 15 Mac telah berkunjung ke Pejabat Parol Jabatan Penjara Kuching bagi menyantuni ODP di pusat […]
100 pek Nasi Arab Kambing buat penghuni Baiturrahmah dan Orang Awam
KUCHING – Seperti biasa pada setiap minggu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak dan Sukarelawan YADIM melaksanakan Program Kongsi Rezeki dan pada 27 februari, ia mensasarkan pelajar daripada anak-anak saudara kita dan orang awam. Sedikit kelainan pada kali ini apabila salah seorang ahli sukarelawan YADIM Kuching berhajat untuk melaksanakan ibadah Aqiqah untuk anak beliau dengan […]
Kongsi rezeki di Surau Hidayatul Rahman Kampung Gersik
KUCHING – Program Kongsi Rezeki oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak diteruskan di Surau Hidayatul Rahman Kampung Gersik di sini. Kali ini, sebanyak 250 pek bubur lambuk diagihan kepada ahli jemaah serta penduduk yang tinggal di kawasan sekitarnya. Pengagihan turut diadakan kepada orang awam yang tinggal dan lalu lalang serta peniaga yang menjalankan perniagaan […]
Kongsi Rezeki YADIM Sarawak di Kuching
KUCHING – Hari yang baik, InsyaAllah bermula dengan pagi yang baik. Justeru bagi memulakan hari yang baik, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak cuba memberikan permulaan hari yang baik untuk golongan yang memerlukan. Inisiatif ini dilaksanakan menerusi program kongsi rezeki yang diadakan di sekitar bandaraya ini. Terbaharu pada 20 November, sebanyak 50 bungkus sarapan diedarkan […]
Kembara Cuci-cuci Musolla YADIM di Stesen Minyak Petronas Jalan Ban Hock
KUCHING – Kembara Cuci-cuci Musolla Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak kini memasuki minggu keenam. Lokasi terkini program ini ialah di Stesen Minyak Petronas Jalan Ban Hock di sini pada 10 November. Kerja cuci-cuci musolla dilakukan pada jam 10 pagi dengan disertai seramai lima orang kakitangan YADIM termasuk sukarelawan Yadim. Selain daripada membersihkan musolla, kerja-kerja […]