Tahsin Ibadah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Dungun
KUALA DUNGUN – Dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Dungun, YADIM Terengganu menganjurkan program Tahsin Ibadah (Solat) pada 5 Disember. Seramai 51 orang peserta hadir mengikuti program ini yang diadakan di pusat aktiviti tersebut. Mereka begitu teruja dan bersemangat dalam mengikuti program yang dianjurkan. Program ini diisi dengan slot bicara dakwah dengan tajuk […]
Siri Ke-5 Kembara Aspirasi Remaja Darul Iman 2022
KUALA TERENGGANU – Kembara Aspirasi Remaja Darul Iman kini memasuki siri kelima penganjurannya. Kali ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, Kuala Terengganu di sini pada 17 Ogos dengan seramai 141 orang pelajar menyertainya. Program diisi dengan pengisian ilmu berkaitan pergaulan antara lelaki dan wanita (ikhtilat) serta perkara-perkara berkaitan jatidiri dan akhlak remaja Islam. […]
300 penduduk Kuala Terengganu terima manfaat Souq@YADIM
KUALA TERENGGANU – Selepas Sentul di Kuala Lumpur dan Putatan, Sabah, program Souq@YADIM diadakan di daerah ini yang memberi manfaat kepada seramai 300 keluarga. Kesemua yang disantuni ini menerima barangan keperluan dapur seperti ayam, sayuran, bawang dan telur pada program yang diadakan pada 3 Jun ini. Majlis yang sama menyaksikan seramai 30 orang penghantar makanan […]
Pertemuan NGO Islam Terengganu 2022
KUALA TERENGGANU – Pertemuan YADIM Terengganu bersama sebanyak 40 badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang hadir dari seluruh negeri ini telah diadakan di Duyong Marina Resort pada 25 Februari. Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah. Antara yang disentuh dalam ucapannya termasuklah harapan kerajaan […]
Konvoi Street Dakwah ‘Cintakan Rasul’ YADIM bersama DUAT
KUALA TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah bekerjasama dengan Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) bagi menjayakan program Street Dakwah ‘Cintakan Rasul’ pada 28 Oktober. Bertempat di Perkarangan Masjid Terapung dan Dataran Awam Pantai Batu Buruk di sini, sukarelawan dari pejabat DUAT telah disertai seramai 30 orang Sukarelawan YADIM (SAY) dari daerah […]
Pengayuh beca, pemandu, pengusaha van sekolah disantuni Kelab Bank Islam, YADIM
KUALA NERUS – Kerjasama menyantuni rakyat oleh Kelab Bank Islam dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan pula ke negeri ini. Penyerahan dilaksanakan di dua lokasi di negeri ini pada 15 September. Di lokasi pertama di sini, seramai 27 pengayuh beca dari daerah ini dan Kuala Terengganu disantuni dengan pemberian barangan keperluan harian bagi meringankan […]
2,600 botol air, pam berkuasa tinggi untuk mangsa gangguan bekalan air Terengganu KUALA TERENGGANU – Dengan gangguan bekalan air di sini dan Kuala Nerus yang masih berterusan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah mengedarkan lebih 2,600 botol air mineral pelbagai saiz kepada penduduk terjejas bagi membantu mereka. Inisiatif menerusi program Musaádah Bekalan Air Terengganu […]
200 botol air untuk penduduk Buluh Gading, Tepuh daripada YADIM Terengganu
BULUH GADING – Masalah gangguan bekalan air di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sehingga kini masih belum selesai menyebabkan begitu ramai pengguna terjejas. Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu berusaha membantu sedikit sebanyak agar dapat meringankan beban penduduk terkesan. Terkini pada 6 Julai, YADIM Terengganu mengagihkan sebanyak 200 botol air mineral […]
PENGAYUH terima sumbangan YADIM Terengganu
KUALA TERENGGANU – “Sudahlah permintaan berkurangan, kos menternak pula naik, akibatnya harga jualan terpaksa kami naikkan di saat permintaan semakin berkurangan. “Akibatnya kemampuan menternak berkurangan kepada separuh daripada kapasiti asal,”. Demikian situasi mendesak yang dihadapi pengusaha pengusaha ternakan puyuh di negeri ini. Mereka memohon agar diberikan sedikit sumbangan agar dapat membantu meringankan beban mereka. Cakna […]
250 pek sumbangan untuk asnaf memerlukan di Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 28 Julai telah mengagihkan sebanyak 250 pek barangan keperluan harian untuk mereka yang memerlukan di sekitar bandaraya ini. Program yang diadakan dengan kerjasama beberapa rakan badan bukan kerajaan (NGO), turut menyantuni keluarga bukan Muslim yang memerlukan di sini, selaras dengan gerak kerja badan dakwah ini […]