Motivasi Sekolah Kebangsaan Slow
HANYA Menerusi pendidikan kita mampu menjadikan masa depan yang lebih baik. Walaupun jauh di pendalaman, namun mereka tidak pernah dilupakan. Pada 10 Mei, dengan kerjasama Sukarelawan YADIM (SAY) jajahan Kuala Krai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Slow Temiang , YADIM Kelantan telah menganjurkan program motivasi untuk pelajar sekolah tersebut. Ia bertujuan memberikan bimbingan kepada para pelajar […]
Sambutan Malam Cinta Rasul warga Laloh
KUALA KRAI – Sempena dengan Bulan Dakwah 3.0 dan sambutan Maulidur Rasul, YADIM Kelantan pada 7 Oktober mengadakan program Malam Cinta Rasul peringkat Jajahan Kuala Krai di Padang Awam Laloh. Pengisian program ini adalah persembahan nasyid daripada Kumpulan Maahad Rahmadiah dari Kuala Krai, Forum Perdana, cabutan bertuah dan berakhir dengan alunan selawat beramai -ramai. Walaupun […]
Musaadah Pasca Banjir di Kuala Krai
KUALA KRAI – Bagi meringankan bebanan mangsa banjir dari jajahan ini, YADIM Kelantan tampil menghulurkan sumbangan kepada mereka pada 18 Januari. Seramai 50 mangsa banjir menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM dan wang tunai daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Hadir mewakili YADIM Kelantan […]
SAY Kuala Krai santuni asnaf
KUALA KRAI – Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) diteruskan pada 16 April oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Krai dengan menziarahi asnaf di sekitar jajahan ini. Sebanyak 15 keluarga disantuni terdiri daripada ibu tunggal, pesakit kronik dan pendudukmiskin tegar. Sumbangan berupa barangan keperluan harian telah diserahkan oleh Ketua […]
15 asnaf dan OKU disantuni YADIM Kelantan
KUALA KRAI – Nasib asnaf dan golongan Orang Kurang Upaya di negeri ini terus mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Pada 30 November, dengan kerjasama Kelab Usahawan & Muafakat Kuala Krai (KUDRAT) seramai 15 keluarga asnaf dan OKU dari Kampung Keroh, Taman Keroh, Bukit Jambu, Kampung Lubuk Kawah, Kampung Bukit Batu, Kampung Belukar Tebu, […]
YADIM Kelantan, Gerakan Prihatin Kuala Krai sampai sumbangan untuk B40, asnaf
KARANGAN – Usaha menyantuni golongan B40 dan asnaf yang memerlukan bantuan akibat Covid-19 diteruskan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan di daerah Kuala Krai. Pada 20 Jun, dengan Kerjasama badan bukan kerajaan Pertubuhan Gerakan Prihatin Kuala Krai, sejumlah 107 keluarga di daerah Kuala Krai disantuni mereka. Mewakili YADIM ialah Pengarah negeri, Mejar (B) Zaidi Abd […]
700 keluarga di Kelantan terima manfaat sumbangan pasca banjir YADIM
RANTAU PANJANG – Prihatin dengan nasib mangsa pasca banjir di negeri ini yang masih memerlukan pembelaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan berterusan menganjurkan program bagi menyantuni mereka. Menerusi program YADIM Peduli Ziarah Prihatin, 700 keluarga di daerah Jeli, Kuala Krai dan Rantau Panjang yang menjadi mangsa bencana banjir Disember lalu menerima sumbangan barangan keperluan […]
Kunjungan ke Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian
KUALA KRAI – Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian di sini tidak dinafikan adalah antara pondok pengajian Islam yang terkemuka di negeri Kelantan. Ketika ini pendakwah terkenal, Dato Dr Abd Basit Abd Rahman merupakan Musyrif atau penyelia kepada pusat pengajian Islam terkenal ini. Pada 22 Januari, Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab […]
60 asnaf Kampung Bahagia terima sumbangan YADIM Kelantan
KUALA KRAI – Prihatin dengan nasib dan keadaan sukar menimpa penduduk Kampung Bahagia di sini,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 22 November lalu telah menyantuni asnaf yang memerlukan di kawasan tersebut. Kampung Bahagia dipilih dalam program YADIM Peduli : Ziarah Rahmah ini kerana kedudukannya yang terpencil menyebabkan pelbagai kesukaran, terutamanya melibatkan pengangkutan. Dipecahkan kepada […]