Jakim tawar khidmat nasihat percuma sepanjang PKP
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menawarkan khidmat nasihat kekeluargaan, kerohanian dan kemasyarakatan secara percuma menerusi talian MyCareCov-19 kepada mereka yang berdepan masalah itu. JAKIM dalam satu kenyataan di Facebook berkata, perkhidmatan yang disediakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bermula 1 sehingga 14 Jun ini menawarkan Kaunseling Syarie, Terapi Psikospiritual Islam […]