PM kurangkan cabutan khas nombor ramalan judi
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau membatalkan keputusan sebelum ini yang meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan daripada lapan kepada 22 kali setahun. Susulan itu, beliau yang juga Menteri Kewangan, berkata bermula 1 Januari depan, cabutan khas berkenaan akan kembali kepada lapan kali. “Mulai 1 Januari 2023, cabutan khas perjudian […]
AJK masjid Terengganu jalani kursus pengurusan kewangan
KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bersama Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) mengambil inisiatif memberikan kursus kepada pihak pengurusan terutama ahli jawatankuasa (AJK) masjid bagi memastikan kesemua peraturan dalam pengurusan kewangan dipatuhi. Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin berkata, kursus yang turut melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dilaksanakan bagi menerapkan kefahaman mengenai […]
Jaminan kerajaan kepada simpanan pendeposit TH kekal
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus menjamin simpanan sembilan juta pendeposit Tabung Haji (TH) yang sudah diberikan sebelum ini bagi memastikan agensi itu terus menjadi kebanggaan dan harapan umat Islam di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata TH berada di landasan betul untuk mengorak […]
Wakaf sebagai sumber ekonomi utama Islam
PUTRAJAYA – Amalan berwakaf hari ini perlu diiktiraf sebagai kuasa dan sumber ekonomi utama umat Islam sekiranya mahu melihat potensinya digunakan sepenuhnya. Presiden Majlis Permuafakatan Wakaf Antarabangsa, Profesor Dr Wan Mohtar Wan Yusoff berkata, wakaf ketika ini tidak boleh dilihat sebagai sumber ekonomi ketiga selepas kerajaan dan swasta, sebaliknya ianya merupakan yang utama sekali. “Semua […]
Emas mampu akhiri hegemoni dolar US
KUALA LUMPUR – Emas sekali lagi menjadi perdebatan utama dalam kalangan pembuat dasar di peringkat global. Malah, sudah tiba masanya untuk ekonomi global mempunyai satu alternatif terhadap dolar US yang tidak menentu bagi membolehkan pelabur yang bijak dan sofistikated mengurangkan risiko tukaran mata wang dan melindungi portfolio aset mereka. Menurut Ketua Ekonomi IQI Global, Shan […]
Jalinan kerjasama ekonomi YADIM – DPIM
PUTRAJAYA – Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) bersedia membantu dan menawarkan kepakarannya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan bagi membantu YADIM meningkatkan jumlah dana badan dakwah ini. Pengerusi DPIM Mohamad Sahar Mat Din berkata, antara yang menjadi keutamaan pihaknya ialah melaksanakan jihad ekonomi bagi membantu pihak atau agensi berkaitan memperkukuhkan kedudukan kewangan dan ekonomi masing masing. […]
Mekanisme wakaf, zakat dapat wujudkan rumah mampu milik
KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti pelbagai sudut dalam kewangan Islam termasuk wakaf dan zakat yang boleh dimanfaatkan bagi merealisasikan perumahan yang lebih berpatutan, khususnya bagi golongan miskin. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata sebuah negeri di wilayah utara juga sedang mengendalikan skim perumahan wakaf untuk kalangan penduduk terbabit. “Kita mempunyai satu model yang […]
Kedudukan kewangan TH kembali kukuh
KUALA LUMPUR – Kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) kembali kukuh dengan selesainya langkah penstrukturan semula pada Mei lepas menerusi perpindahan aset tidak berdaya maju kepada Urusharta Jemaah Sdn Bhd (Urusharta Jemaah). Urusharta Jemaah merupakan syarikat tujuan khas (SPV) yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. TH berkata, sebelum penstrukturan semula dilaksanakan, liabiliti TH melebihi aset sebanyak […]
Cipta inisiatif kewangan berasaskan nilai Rahmatan Lil Alamin
PUTRAJAYA – Penasihat syariah institusi kewangan perlu berani mencipta inisiatif kewangan berasaskan nilai Rahmatan Lil Alamin dalam produk baharu atau merejuvenasikan produk lama agar lebih segar dan berinovasi untuk menarik pelanggan Islam dan bukan Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh. Beliau berkata nilai rahmah dalam produk kewangan bukan sahaja akan meningkatkan […]
Cadangan penubuhan Tabung Dakwah Orang Asli
PUTRAJAYA – Sebuah tabung dana dakwah dicadangkan ditubuhkan bagi membiayai usaha dakwah untuk masyarakat Orang Asli di negara ini. Ia merupakan antara hasil resolusi dalam Persidangan Meja Bulat Dakwah Orang Asli 2019 di sini pada 26 September. Dengan adanya tabung berkenaan nanti, diharapkan program pembangunan modal insan dalam kalangan masyarakat Orang Asli dapat dilaksanakan dengan […]