Bekalan minyak dijangka kering 1 Januari
KUALA LUMPUR: Pengguna dikhuatiri bakal berdepan masalah mendapatkan petrol dan diesel apabila semua tangki penyimpanan di stesen minyak dijangka kering menjelang 1 Januari 2019. Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (BUMIPEDA), Datuk Abu Samah Bachik, ketika menyuarakan amaran itu, berkata ia berpunca daripada keengganan pengusaha stesen minyak menambah simpanan dalam tangki menjelang penghujung bulan ini. […]