Saringan berperingkat terhadap sekolah, madrasah tahfiz
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan saringan COVID-19 terhadap semua sekolah dan madrasah tahfiz di negara ini, biarpun ia belum mendaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia berikutan, institusi terbabit sememangnya antara sasaran untuk saringan pengesanan COVID-19 dijalankan. […]
COVID-19 : Dapatkan fakta daripada sumber sahih
KUALA LUMPUR – Penting bagi semua pihak mendapatkan kebenaran dan fakta daripada sumber yang sahih berhubung penularan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. “Setiap orang mesti bertanggungjawab apabila berkongsi maklumat dan lebih baik bagi kita untuk tidak berkongsi jika sumber dan kesahihannya diragui,” katanya dalam satu kenyataan pada 12 Februari. Dr […]
Selidik maklumat sebelum sebar
KUALA LUMPUR – Rakyat perlu memberi sokongan penuh terhadap langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan bagi mengawal penularan coronavirus baharu (2019-nCoV) di negara ini. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata masyarakat juga diminta mematuhi nasihat pihak berkuasa. Pada masa sama, katanya, masyarakat perlu bersama-sama menjadi ejen membanteras berita palsu yang kebelakangan […]
Agong, Raja Permaisuri titah rakyat Malaysia jaga keselamatan, kesihatan diri
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat Malaysia agar memberikan keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan diri susulan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang melanda beberapa negara termasuk Malaysia, ketika ini. Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang menzahirkan kebimbangan berikutan pengesanan empat […]
Kementerian Kesihatan siasat gula-gula Ghost Smoke
PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan sudah memulakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung penjualan gula-gula Ghost Smoke di seluruh negara. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan di bawah kementerian itu sedang menyiasat perkara itu secara menyeluruh dan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). “Ia […]
Hospital Medan Malaysia terima satu lagi penghargaan
KUALA LUMPUR – Hospital Medan Malaysia menerima satu lagi penghargaan, Anugerah Inovasi Piala Sultan Azlan Shah. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata anugerah itu sebagai penghargaan kepada kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk perancangan, pembinaan dan pengoperasian hospital medan di Cox’s Bazar, Bangladesh. “Dengan rasa rendah […]
Peraturan larangan merokok bukan ‘hangat-hangat tahi ayam’
PUTRAJAYA – Penguatkuasaan larangan merokok di premis makan tidak ‘hangat-hangat tahi ayam’ atau bermusim dan ia diteruskan setiap masa. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu tidak berhenti setakat kempen sahaja tetapi juga mahu menghentikan amalan merokok sejajar hasrat menuju negara maju menjelang 2020. Sehubungan itu, beliau menghargai sokongan Kementerian Perumahan dan […]
Larangan merokok satu didikan hormati hak bukan perokok
KUALA LUMPUR – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan menyokong sepenuhnya pelaksanaan larangan merokok di kedai makan sama ada berhawa dingin mahupun terbuka yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2019. Timbalan Pengerusinya, Mohd Faizan Alias berkata, langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertepatan dengan lima terasnya sebagai satu pendidikan kepada masyarakat. “GPMSWP melihat larangan merokok itu […]
Dibenar merokok 3 meter dari kedai makan, restoran
KUALA LUMPUR – Perokok masih boleh merokok di tempat awam apabila larangan merokok di kedai makan dan restoran terbuka berkuat kuasa tahun depan. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata bagaimanapun larangan merokok itu menyatakan perokok hanya dibenarkan merokok di kawasan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka. Katanya, peraturan […]