Anak tertukar, wajib tukar binti bapa kandung
KUALA LUMPUR – Kesilapan tertukar bayi dengan keluarga lain sehingga seseorang individu dibin atau dibintikan kepada bapa angkat, dari segi hukum agama wajib ditukar kepada bin atau binti bapa kandung supaya tidak menimbulkan isu berbangkit, terutama berkaitan pembahagian pusaka. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata ini kerana anak sebenar itu mempunyai hak untuk […]
Boleh Rapatkan Saf Untuk Solat Jemaah – Raja Muda Perlis
KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah jemaah dibenarkan merapatkan saf ketika solat di semua masjid di negeri ini, bermula esok (23 Mac). Bagaimanapun, kebenaran tersebut diberikan kepada jemaah yang hadir bersama keluarga yang tinggal sebumbung, manakala jemaah lain perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini. Tunku Syed […]
59 keluarga terima sumbangan bantuan banjir YADIM Sarawak
KUCHING – Situasi banjir di negeri ini yang belum pulih diambil perhatian sepenuhnya oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak. Sehubungan dengan itu, pada 16 Januari, YADIM Sarawak telah mengatur gerak kerja untuk menyampaikan sumbangan kepada beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini. Antara yang disantuni ialah PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Endap (15 keluarga), Dewan […]
Program Kewanitaan Peringkat DUN Kempas
KEMPAS – Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Johor pada 15 Oktober telah bekerjasama menganjurkan Program Kewanitaan Peringkat DUN Kempas. Program yang diadakan di Balairaya Jawatankuasa Penerangan Mukim-Mukim Persiaran Bukit Kempas di sini, dihadiri seramai 50 peserta dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan […]
Seminar Hak Wanita Mengikut Perundangan Syariah
KOTA BHARU – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) terus giat melaksanakan program bagi mengangkat pelbagai isu dan menyantuni golongan wanita di negeri ini. Terbaharu pada 22 November, mereka telah mengadakan Seminar Hak Wanita Mengikut Perundangan Syariah. Bertempat di Pusat Latihan FAMA Lundang, di sini, seramai 65 orang peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang telah menghadiri […]
Jadikan waqaf satu ‘jenama dalam keluarga’
KUALA LUMPUR – Demi menggalakkan sumbangan masyarakat, kerajaan akan menjadikan istilah ‘Waqaf’ satu ‘Jenama dalam Keluarga’ hingga terterap dalam minda setiap institusi keluarga. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Fuziah Saleh berkata inisiatif hendaklah diterapkan ke dalam jiwa anak-anak yang masih muda hingga masyarakat akhirnya akan terbiasa dengan platform amal, dengan itu […]
Bicara Keluarga Rahmah TUDM Butterworth
BUTTERWORTH – Bertempat di Pangkalan Udara Butterworth, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 10 Oktober telah melaksanakan program Bicara Keluarga Rahmah. Program khusus untuk kakitangan pangkalan ini mendapat sambutan menggalakkan apabila kira kira 300 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di pangkalan itu menyertainya. Ketua Cawangan Tadbir Pangkalan, Leftenan Kolonel Roslan Abu Bakar […]
Bicara Keluarga Rahmah Kuching
KUCHING – Mengambil tanggungjawab membantu menangani isu isu kekeluargaan dewasa ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 15 September telah menganjurkan program Bicara Keluarga Rahmah yang diadakan di sini. Program di Akademi Percukaian Malaysia di sini, merupakan anjuran bersama YADIM dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Sarawak. Duta Rahmah, Norazizah A.Aziz merupakan penceramah […]