SOP solat terawih sama seperti solat lain

BANGI – Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai solat terawih akan dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam masa terdekat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, SOP itu akan sama seperti prosedur solat biasa yang dikeluarkan sebelum ini. SOP solat terawih akan dikeluarkan oleh JAWI dalam […]

Jakim nafi keluar garis panduan sambut Aidilfitri

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan jabatan itu mengeluarkan garisan panduan sambutan Aidilfitri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti mana yang tular di media sosial. Jakim berkata sebarang sebaran maklumat yang tidak dikeluarkan melalui saluran rasmi Jakim adalah tidak sah. “Jakim menafikan ada mengedar sebarang dokumen mengenai panduan sambutan Aidilfitri dalam tempoh […]

KP Kesihatan rayu rakyat tidak keluar rumah

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dan tidak keluar rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Beliau berkata, rakyat perlu membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan memainkan peranan masing-masing bagi mengelak negara terjerumus ke dalam gelombang ketiga penularan COVID-19. “Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, […]

PBB sahkan penarikan balik penyertaan Malaysia dalam Statut Rom

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengesahkan penarikan balik penyertaan Malaysia ke Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa semalam. Menurut Wisma Putra, penarikan balik penyertaan Malaysia ke triti tersebut berkuat kuasa pada 29 April lalu, iaitu tarikh kerajaan Malaysia mengemukakan surat penarikan balik penyertaan Malaysia ke statut berkenaan kepada Setiausaha Agung PBB, selaku […]

Qatar umum keluar OPEC

DOHA – Qatar akan keluar daripada menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), kata Menteri Tenaganya, Saad Sherida al-Kaabi. Keputusan meninggalkan blok 15 anggota pengeluar minyak utama dunia itu disahkan oleh Qatar Petroleum. Memberitahu sidang media di sini, al-Kaabi berkata, keputusan itu mencerminkan keinginan Qatar untuk memfokuskan usahanya bagi merancang dan meningkatkan pengeluaran gas asli daripada […]