Pelajar tahfiz perlu ada kelayakan akademik

PUTRAJAYA 15 Feb – Pelajar-pelajar di pusat-pusat tahfiz perlu berusaha untuk mendapatkan pendidikan selain al-Quran sebagai kelayakan agar menjadi seorang yang profesional. Pendidikan akademik perlu diterapkan untuk memastikan mereka yang dari aliran agama dapat melanjutkan pengajian di peringkat tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurut beliau, keupayaan menghafal 30 juzuk al-Quran […]