Pesakit buah pinggang disantuni SAY Kuala Langat
SIJANGKANG – Sempena sambutan Maulidur Rasul pada 19 Oktober, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat, telah menyantuni para pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Dialisis Sijangkang di sini. Seramai 17 pesakit yang sedang menjalani rawatan disantuni SAY Kuala Langat. Turun padang ke program ini ialah Pengerusinya, Hasmawi Mahidin dan Setiausaha Kerjanya, Hanizah […]
Makanan siap bermasak untuk asnaf Kebun Bharu,Sijangkang,
Kampung Medan
KEBUN BHARU – Setiap Jumaat, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat tidak pernah sunyi daripada program. Pada 8 Oktober, program Kongsi Rezeki yang menyantuni 25 keluarga diadakan di Kebun Bharu, Sijangkang, Kampung Medan dan Jenjarom. Agihan ini disampaikan kepada anak anak yatim, ibu tunggal, serta warga emas. Sumbangan makanan siap dimasak adalah daripada […]
Kongsi Rezeki SAY Kuala Langat
Setiap Jumaat, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat mengadakan program Kongsi Rezeki menyantuni golongan memerlukan. Pada 1 Oktober, anggota pasukan ini mengadakan sumbangan program ini di Kampung Medan dan Kampung Kebun Bharu. Seramai 30 keluarga ibu tunggal dan anak yatim menerima sumbangan makanan bermasak oleh pasukan ini. Turun padang menyampaikan sumbangan ialah pengerusinya, […]
30 keluarga terima agihan makanan SAY Kuala Langat
KUALA LANGAT – Program terbaharu Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 10 September menyaksikan seramai 30 keluarga di Sijangkang dan Kebun Bharu di sini disantuni mereka. Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin menyampaikan makanan siap bermasak kepada anak yatim, ibu tunggal dan keluarga miskin di kedua kampung tersebut. Program ini diadakan setiap […]
Aktiviti awal Muharam SAY Kuala Langat
KUALA LANGAT – Sempena Awal Muharam pada 10 Ogos, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat telah mengadakan beberapa aktiviti. Di Sijangkang, antara yang dilaksanakan ialah gotong royong membersihkan Rumah Anak Yatim Sijangkang. Acara ini diketuai oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin. Selesai bergotong royong, SAY Kuala Langat meneruskan programnya dengan menyampaikan bantuan […]
Anak yatim, ibu tunggal terus diberi perhatian SAY Kuala Langat
KEBUN BHARU – Golongan kurang bernasib baik, khususnya anak yatim dan ibu tunggal di daerah ini terus mendapat perhatian Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Menerusi inisiatif mereka, seramai 25 keluarga anak yatim dan ibu tunggal menerima sumbangan makanan siap dimasak serta sedikit wang tunai pada 30 Julai di kampung ini dan Kampung […]
18 keluarga terima makanan bermasak SAY Kuala Langat.
JENJAROM – Anak yatim, ibu tunggal dan keluarga miskin terus menjadi sasaran Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat untuk dibantu. Program terbaharu menyantuni mereka ialah pada 23 Julai apabila serami 18 keluarga di sekitar kawasan ini, Sijangkang dan Kebun Bharu menerima sumbangan makanan bermasak daripada SAY Kuala Langat. Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi […]
24 keluarga terima sumbangan SAY Kuala Langat minggu ini
SIJANGKANG- Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat terus komited meneruskan usahanya menyantuni masyarakat yang memerlukan di kawasan ini. Sepanjang minggu ini, (12 – 18 Julai) SAY Kuala Langat setakat ini telah menyantuni 24 keluarga di mukim ini. Pada 13 dan 14 Julai, dua keluarga di Kampung Kebun Bharu yang terputus bekalan makanan disantuni […]
Sumbangan untuk keluarga dikuarantin akibat Covid-19
KEBUN BHARU – Lima keluarga di kampung ini yang menjalani kuarantin akibat Covid-19 menerima sumbangan daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Sumbangan ini disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin pada 10 Julai. Pada hari yang sama juga, tiga keluarga di Sijangkang berdekatan kawasan ini, yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan […]
22 keluarga di DUN Sijangkang terima sumbangan makanan siap dimasak SAY Kuala Langat
KAMPUNG MEDAN – Program sumbangan makanan siap dimasak oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) kali ini memberi manfaat kepada 22 keluarga di Dewan Undangan Negeri Sijangkang. Inisiatif terbaharu itu diadakan di kampung ini dan Kampung Kebun Bharu di sini. Ia menyasarkan keluarga anak anak yatim, ibu tunggal dan warga emas dia kawasan ini, selain […]