Kayuhan Amal YADIM 2021
JOHOR BAHRU – Acara berbasikal kini menjadi pilihan ramai pihak untuk beriadah dan menjaga kesihatan. Ia juga dijadikan sebagai salah satu cara beramal dan melaksanakan program kebajikan seperti yang dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 13 November. Ia merupakan anjuran bersama YADIM, rakan badan bukan kerajaan JB Prihatin dan Kelab Kayuhan Otai Santai. […]