Tambahan peruntukan kepada Pusat Pembedahan Katarak MAIWP
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata tambahan peruntukan RM3 juta akan disediakan bagi meningkatkan kemudahan di Pusat Pembedahan Katarak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP)-Hospital Selayang di sini dalam usaha membantu rakyat terutama golongan kurang berkemampuan. Perdana Menteri berkata, ia bagi membolehkan pusat itu membeli peralatan canggih untuk meningkatkan lagi perkhidmatannya. […]