SOP ketat masjid, Datuk Badli Shah rayu ahli akademik buat kajian
KUALA LUMPUR – Cerdik pandai dan ahli akademik institut pengajian tinggi (IPT) mahupun Pusat Kajian Perubatan di negara ini membuat kajian khusus berkenaan keabsahan prosedur standard operasi (SOP) yang ketat di masjid pada masa ini. Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Datuk Badli Shah Alauddin berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac […]
Kerjasama penyelidikan, pelawaan sertai sesi Ijtimak Pondok Malaysia
PUTRAJAYA – Persatuan Muafakat Pondok SeMalaysia (PMPS) dijemput untuk turut serta dan bekerjasama dalam bidang penyelidikan dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan berkata, menerusi Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa badan dakwah ini, PMPS yang mewakili kira kira 250 pondok di seluruh Malaysia tentunya boleh menyumbang pengalaman dan […]
Kerajaan negeri rujuk Jawatankuasa Fatwa mengenai jajaran LRT Bayan Lepas
PULAU PINANG – Kerajaan negeri akan sentiasa menghormati garis panduan hukum hakam Islam dengan merujuk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri sebelum membuat keputusan rasmi bagi cadangan jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas di kawasan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar di sini. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, untuk makluman jajaran LRT Bayan Lepas masih […]
JAKIM sedia kaji subjek kenali agama lain
PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedia membantu dalam kajian subjek mengenali agama lain jika diperlukan, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim. Beliau berkata, ini penting kerana perlu ada kajian lebih mendalam sebelum sesuatu perkara itu dilaksanakan. “Kita perlu adakan kajian lebih mendalam sebelum sesuatu perkara itu diputuskan. JAKIM adalah institusi kawal selia […]