SOP solat Jumaat, solat berjemaah sepanjang PKPB diketahui Khamis ini
TAPAH – Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dijangka diketahui Khamis ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata garis panduan itu akan dibincangkan dan diperhalusi dalam satu mesyuarat bersama Perdana Menteri, Tan Sri […]
SOP solat Jumaat sepanjang PKPB dibincang esok
SUNGAI PETANI – Cadangan prosedur operasi standard (SOP) solat Jumaat akan dibincangkan sekali lagi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), esok (8 Mei). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, cadangan itu sudah diteliti Kabinet dalam mesyuarat semalam dan melakukan beberapa […]
Puasa bermula Jumaat
KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Syed Danial berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari itu menurut perintah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha […]
Jemaah hadir ijtimak tabligh dilarang ke masjid hingga sah sihat
KANGAR – Jemaah dari Perlis yang menghadiri perhimpunan ijtimak (perjumpaan) tabligh di Masjid Sri Petaling akhir bulan lalu ditegah ke masjid, solat berjemaah di masjid dan menghadiri solat Jumaat. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta mana-mana jemaah tabligh yang mengalami tanda-tanda awal jangkitan COVID-19 segera menjalani pemeriksaan kesihatan dan hanya ke masjid […]
Masjid disaran buat solat hajat esok
KUALA LUMPUR – Masjid di seluruh negara disaran mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat, esok dan berdoa bagi dipermudahkan urusan dan mengelak sebarang kesulitan di negeri yang dilanda banjir. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melaporkan terdapat seramai 12,131 mangsa banjir di Kelantan, Terengganu […]
Syor tulisan Jawi digunakan semua
PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf mencadangkan semua pihak untuk mengguna dan menyemarakkan penggunaan tulisan Jawi dalam sebarang urusan mereka. Menurutnya, tulisan berkenaan adalah satu warisan negara yang perlu dipelihara selain bertujuan mengembalikan sejarah warisan negara, kerana ianya adalah perantara rasmi sebelum ini. “Malah kita pernah utus […]
Khutbah Aidilfitri dalam bahasa Temiar di masjid Gua Musang
GUA MUSANG – Lebih 500 masyarakat Orang Asli yang beragama Islam akan mengikuti khutbah dalam bahasa suku kaum Temiar di Masjid Al-Hidayah, Pos Hendrop pada solat sunat Aidilfitri nanti. Khutbah dalam bahasa Temiar itu akan dibaca sendiri Imam Arif Rami supaya dapat difahami dan ahli jemaah mendalami lagi agama itu khususnya dalam kehidupan harian mereka. […]
Ribuan hadir Solat Jumaat, bertafakur seluruh New Zealand
CHRISTCHURCH – Ribuan jemaah berhimpun di bandar ini hari ini, bagi menunaikan solat Jumaat seminggu selepas insiden tembakan rambang oleh pelampau kulit putih yang membunuh 50 jemaah di dua masjid di Christchurch. New Zealand turut menyiarkan laungan azan dan bertafakur sejenak, serentak selama dua minit di seluruh negara. Tatkala azan disiarkan secara langsung di seluruh […]
Solat jenazah ghaib di semua masjid
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof meminta semua masjid di seluruh negara mengadakan solat jenazah ghaib esok selepas selesai solat Jumaat untuk Allahyarham Mohd. Haziq Mohd. Tarmizi. Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, Mujahid juga akan mewakili kerajaan ke Christchurch untuk menziarahi keluarga Mohd. Haziq […]