Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia Tiba Di Tanah Air
SEPANG – Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 298 orang tiba di tanah air semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini melalui penerbangan Saudia Airlines SV 5612. Ketibaan mereka pada pukul 9.05 pagi dari Jeddah, Arab Saudi disambut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary dan […]
PUSAT RAWATAN TH SYISYAH LENGKAP PELBAGAI KEMUDAHAN UNTUK JEMAAH HAJI MALAYSIA
MAKKAH – Jika dlihat dari luar, bangunan yang menempatkan Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) Syisyah kelihatan seperti biasa sahaja tetapi apabila berada di dalamnya, pengunjung pasti teruja melihat segala kelengkapan perubatan yang disediakan. Bukan sahaja mempunyai wad sendiri, tetapi TH juga melengkapkan perkhidmatan mereka dengan menempatkan tenaga pakar dalam pelbagai bidang, 18 ambulans dan […]
Malaysia masih menanti keputusan kuota tambahan jemaah haji – Idris
KUANTAN – Malaysia masih menantikan keputusan rayuan kuota haji dari Arab Saudi agar dapat menghantar lebih jemaah haji ke tanah suci pada tahun ini. Menteri (Hal Ehwal Agama) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad berkata, kerajaan mengharapkan perkhabaran yang baik berkenaan permohonan itu sebelum tarikh pernerbangan akhir nanti. “Sehingga kini memang belum ada sebarang […]
Pertimbang subsidi bersasar jemaah haji
BAGI rakyat Malaysia yang sepatutnya dapat menunaikan haji dua tahun lalu, langkah kerajaan Arab Saudi memberi kebenaran kepada jemaah dari negara luar untuk menunaikan Rukun Islam kelima pada tahun ini adalah berita yang cukup menggembirakan mereka. Pengumuman Arab Saudi bahawa sejuta umat Islam dapat ke Makkah kali ini juga adalah berita yang melegakan berbanding keputusan […]
Status jemaah haji Malaysia akan diketahui minggu hadapan
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengumumkan status jemaah haji Malaysia minggu hadapan selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zukifli Mohamad Al-Bakri. Dr Zulkifli berkata, satu mesyuarat berkenaan status jemaah haji bersama Tabung Haji sebagai penyelaras jemaah haji di Malaysia telah diadakan baru-baru ini. […]
Ismail Yaacob, jemaah haji kedua meninggal dunia
MAKKAH – Ismail Yaacob, 67, jemaah haji dari Cherang Ruku, Kelantan meninggal dunia di Hospital King Faisal di sini, petang kelmarin, akibat kegagalan jantung dan paru-paru yang disebabkan oleh serangan jantung. Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Mohammad Faid Abd Rashid berkata Ismail, jemaah haji kedua Malaysia meninggal dunia, dimasukkan ke klinik kecemasan di penginapannya […]
Kumpulan pertama jemaah haji berangkat 4 Julai
PUTRAJAYA – Kumpulan pertama jemaah haji akan berangkat ke tanah suci pada 4 Julai ini, kata Pengurus Besar Kanan Haji merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Beliau berkata, penerbangan jemaah haji tahun ini menggunakan Malaysia Airlines (MAS) dan syarikat penerbangan Saudi, Flynas. Beliau berkata, sebanyak 30,200 jemaah haji termasuk […]