Hargai Jawi, tak perlu jadi Islam, kata permaisuri
PETALING JAYA – Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mempertahankan kenyataannya yang memuji keindahan tulisan Jawi dan kesenian Islam selepas “ditegur” salah seorang pengikutnya di Twitter. Tuanku Azizah berkata sesiapa pun boleh menghargai dua perkara itu tanpa perlu menukar agama menjadi Islam. “Tiada yang rasis, saya bercakap tentang keindahan Jawi dan […]
Kenapa hendak jadikan isu pembelajaran Jawi masalah negara?
KUALA LUMPUR – Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang akan menganjurkan kongres bagi membantah pembelajaran Jawi di sekolah vernakular pada Sabtu ini, diminta tidak meneruskan niat mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menasihatkan agar perkara itu dibawa ke meja rundingan dan mencari jalan penyelesaian yang […]
Mahkamah Tinggi benar tulisan Jawi diajar di sekolah Cina, Tamil
GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan supaya pembelajaran tulisan Jawi tidak diajar di sekolah Cina dan Tamil di seluruh negara. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Amarjit Serjit Singh dalam keputusannya berkata Jawi sebahagian daripada Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan. Beliau berkata pelaksanaan kelas Jawi tidak bertentangan dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 […]
Panduan tatacara pelaksanaan tulisan jawi sedang disiapkan
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) kini dalam proses menyediakan garis panduan berkaitan tatacara pelaksanaan pengenalan tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4. Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, surat siaran akan diedarkan kepada semua sekolah di seluruh negara sebelum bermulanya sesi persekolahan 2020 bagi memastikan pelaksanaan pengenalan tulisan jawi di sekolah tahun hadapan […]
Pastikan Jawi tidak terkubur
KUALA LUMPUR – Masyarakat Melayu bekerjasama untuk memastikan penulisan Jawi yang menjadi bukti ketamadunan Melayu sejak sekian lama, tidak terkubur. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, berkata kelangsungan penulisan Jawi penting, apatah lagi dengan peranan besarnya mengangkat citra Melayu melalui penulisan manuskrip lama. “Penulisan Jawi bukan hal baharu, malah manuskrip Melayu yang wujud […]
Simpulan Kasih Orang Asli Langkap Dangi
JOHOL – Bertempat di Kampung Langkap Dangi, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan berkampung selama tiga hari di sini bermula 8 September lalu menerusi program Simpulan Kasih Orang Asli. Program ini yang bertujuan mendekati penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan, merupakan anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, YADIM, Jabatan Kemajuan Islam […]
Syor tulisan Jawi digunakan semua
PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf mencadangkan semua pihak untuk mengguna dan menyemarakkan penggunaan tulisan Jawi dalam sebarang urusan mereka. Menurutnya, tulisan berkenaan adalah satu warisan negara yang perlu dipelihara selain bertujuan mengembalikan sejarah warisan negara, kerana ianya adalah perantara rasmi sebelum ini. “Malah kita pernah utus […]
Mujahid lancar Minggu Jawi esok
PUTRAJAYA – Satu program memperkasakan penggunaan tulisan Jawi akan dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf esok (4 September) di Kompleks Islam Putrajaya di sini. Dalam program yang dikenali sebagai Minggu Jawi itu, kakitangan agensi agama Islam Persekutuan di bawah beliau akan memakai tanda nama Jawi sebagai tanda sokongan […]
Johor guna tulisan jawi dalam semua urusan agama Islam tahun depan
JOHOR BAHRU – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menggunakan tulisan jawi dalam segala urusan surat menyurat mereka pada tahun hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, pelaksanaan berkuatkuasa 1 Januari itu akan melibatkan kesemua anak syarikat di […]
‘Jika tiada sijil halal, jangan salah guna tulisan jawi’
PUTRAJAYA – Syarikat bukan Islam yang tidak mempunyai sijil halal tetapi menggunakan tulisan jawi pada pembungkusan produk untuk tujuan mengelirukan pengguna boleh diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011). Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, larangan itu sudah termaktub dalam undang-undang dan pihak yang didapati bersalah […]