Jakim iktiraf sijil halal Ukraine

KUALA LUMPUR – Pensijilan halal Ukraine yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) amat bermakna kepada kira-kira dua juta umat Islam di Ukraine, kata Timbalan Menteri Luar, Sergiy Kyslytsya. Kyslytsya berkata, LLC Certification Centre ‘Halal’ yang beribu pejabat di Kyiv itu merupakan Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB) yang mendapat pengiktirafan pada awal tahun ini, […]

Pengguna perlu bijak buat pilihan produk halal

BANGI – Pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menepati piawaian dan kualiti ditetapkan badan itu. Bagaimanapun, JAKIM tidak dapat menghalang produk dengan tanda halal yang bukan diiktiraf badan itu masuk ke negara ini. Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata pengguna perlu membuat pilihan untuk […]

Jangan tuduh tanpa bukti

KUANTAN – Pihak yang mendakwa pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai integriti dalam proses pensijilan halal seharusnya tidak berbuat demikian tanpa bukti. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata tuduhan yang dilemparkan itu adalah serius dan boleh menjejaskan nama baik Jakim yang sememangnya amat menjaga segala aspek berkaitan halal. “Jakim amat […]

Agong berangkat ke Munaqasyah Agama di Istana Negara

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri Di Bawah Naungan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini (7 Oktober). Majlis Munaqasyah yang berlangsung hampir tiga jam itu bertujuan membincang dan memperhalusi isu hal ehwal Islam di negeri-negeri di bawah […]

JAKIM heret ke mahkamah pihak letak logo tanpa kebenaran sah

PUTRAJAYA – Tindakan tegas termasuk mengheret ke mahkamah akan dikenakan kepada pihak tidak bertanggungjawab meletakkan tanda logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di beberapa produk yang tidak mendapat pensijilan halal. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata kesalahan itu adalah di bawah Akta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal […]

Wujud gerakan burukkan reputasi Jakim dalam persijilan halal

PUTRAJAYA – Terdapat gerakan cuba memburukkan reputasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam pensijilan halal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Mujahid berkata, sebagai contoh, kes cop halal pada tin makanan berasaskan khinzir yang berlaku pada 2014 ditularkan semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab walaupun telah dinafikan. “Saya hairan hari […]

Jakim yakin pendakwah bertauliah tak sewenang-wenang kafirkan orang

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mohamad Nordin Ibrahim yakin murabbi atau pendakwah yang dilantik tidak terpesong dari tugas mereka untuk mendidik masyarakat mengenai ajaran Islam yang sebenar. Pihaknya percaya murabbi termasuk para imam, bilal, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) serta pendakwah yang mendapat tauliah yang berjumlah kira-kira 50,000 orang […]

Sijil halal masih dibawah bidang kuasa Jakim

KUALA LUMPUR – Dakwaan segelintir pihak kononnya pensijilan logo halal kini berada dalam bidang kuasa Kementerian Kewangan bukan sahaja berunsur fitnah, malah perkara itu salah dan menyeleweng. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, perkara itu masih kekal berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Menurutnya, menerusi Bahagian Pengurusan Halal, […]

Jakim anjur solat Istisqa malam ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui masjid-masjid utama di bawahnya iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya akan mengadakan solat sunat Istisqa selepas solat Isyak pada malam ini (9 September). Solat itu memohon hujan dan mengurangkan masalah jerebu yang melanda beberapa kawasan di Malaysia sekarang. Ketua Pengarahnya, […]

JAKIM perlu kekal peneraju halal

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) optimis akan terus menerajui pengurusan halal di Malaysia demi memastikan nama JAKIM khususnya dan negara amnya dihormati dan dicontohi di peringkat global. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, berkata pihaknya juga komited untuk memastikan pengurusan halal yang diterajui JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) terus berkembang […]