Raikan perbezaan jauhi cercaan
SEJAK akhir-akhir ini begitu banyak perdebatan di media sosial berkenaan dengan hukum-hakam agama. Kebanyakan perbahasan yang diperhatikan penulis berkisar seputar isu ranting atau cabang agama. Malangnya perbezaan tersebut tidak ditangani secara bijaksana, adab dan penuh terhormat. Sebaliknya, cercaan, makian dan tuduhan menjadi fenomena lumrah, bagaikan membudaya dalam diri apabila sesuatu pendapat itu tidak seiring dengan pendiriannya. […]