Malaysia tidak kecewa IPC batalkan penganjuran
PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Malaysia tidak kecewa dengan tindakan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan hak penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2019. Tegas Perdana Menteri, Malaysia bertindak atas prinsip dan fakta bahawa Israel adalah “bangsa penjenayah” yang sering melanggar undang-undang antarabangsa tanpa ada pihak yang berani membantah. “Dia nak batal, batallah. Saya […]
Malaysia tolak rakyat dari negara penjenayah
VIENNA – Malaysia tidak akan membenarkan rakyat negara penjenayah seperti Israel memasuki negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, keputusan Malaysia tidak membenarkan atlet Israel bertanding dalam kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak, Julai ini adalah tindakan wajar. “Kita punyai hak untuk menerima atau menolak kemasukan mana-mana rakyat luar ke dalam […]
Saifuddin luah rasa meluat dengan kenyataan Israel
KUALA LUMPUR – Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau merasa sangat meluat dengan kenyataan jurucakap Kementerian Luar Israel yang menuduh Malaysia tidak mempunyai semangat Olimpik dan melabel Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai anti-Yahudi. Saifuddin berkata selama lebih separuh abad, Israel tidak pernah mengendahkan hak tidak terpisah rakyat Palestin sambil melaksanakan dasar dan […]
Malaysia kekal dengan pendirian tegas terhadap Israel
PUTRAJAYA – Kabinet memutuskan Malaysia tidak akan menjadi tuan rumah untuk sebarang program atau acara termasuk sukan yang membabitkan penyertaan warga negara Israel. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ia satu daripada dua keputusan penting yang dibuat Jemaah Menteri pada mesyuarat Kabinet berkaitan hubungan Malaysia dengan Israel, dua minggu lalu. Katanya, turut diputuskan ialah wakil […]
Israel tahan enam rakyat Palestin
BAITULMUQADDIS 18 Feb. – Israel menahan enam rakyat Palestin yang didakwa terlibat dalam serangan disasarkan terhadap Menteri Pertahanan Avigdor Lieberman dan penduduk Israel lain di Tebing Barat, menurut agensi keselamatan Shin Bet. Shin Bet berkata keenam-enam suspek disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan jihad Islam dan aktif di kawasan Bethlehem. Tambah agensi tersebut, kesemua […]
Remaja Palestin dipenjara seumur hidup
BAITULMAQDIS: Mahkamah tentera Zionis semalam menjatuhkan empat hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang warga Palestin yang didapati bersalah membunuh tiga warga Israel di penempatan haram di Tebing Barat pada Julai lalu, kata Menteri Pertahanannya. “Beliau membunuh ahli keluarga Solomon di Neve Tzuf dan dikenakan empat hukuman penjara seumur hidup. Hukuman penjara seumur hidup ini tidak […]
Tamimi, yang menampar tentera Israel, dibicarakan
TEBING BARAT14 Feb. – Perbicaraan remaja perempuan Palestin, Ahed Tamimi, yang ditahan selepas menyepak dan menampar tentera Israel, dibuat secara tertutup oleh mahkamah tentera Israel pada Selasa. Tamimi menghadapi 12 dakwaan termasuk menyerang anggota tentera dan mendatangkan kekerasan. Bagaimanapun, keluarga Tamimi mahukan perbicaraan dijalankan secara terbuka. Individu dewasa yang didapati bersalah menyerang anggota tentera boleh dijatuhkan […]
Keluarga Palestin tembak mati pengkhianat
SATU keluarga Palestin menembak mati seorang ahli keluarga mereka yang membantu Israel mengesan dan membunuh tiga pemimpin kanan Hamas, termasuk seorang saudara lelaki berkenaan. Keluarga lelaki itu dalam kenyataan menyatakan, Ahmed Barhoum ditembak di Rafah selepas bukti mengesahkan dia memberi maklumat kepada Israel membolehkan rejim Zionis melancarkan serangan udara ketika perang Gaza 2014. Menurut keluarga […]
Israel tembak mati dua remaja Palestin
GAZA 12 Jan. – Dua remaja Palestin ditembak mati tentera Israel dalam dua pertempuran berasingan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Menurut sumber perubatan Palestin dan beberapa saksi, seorang remaja berusia 16 terbunuh dan dua cedera ketika bertempur dengan tentera Israel berhampiran sempadan Gaza-Israel. Dalam kejadian itu, mereka didakwa membaling batu ke arah tentera Israel. […]