Liga Arab ikrar beri RM413.2 juta kepada Palestin
KAHERAH – Liga Arab berikrar memberi AS$100 juta (RM413.2 juta) sebulan kepada Pihak Berkuasa Palestin untuk menampung kekurangan berikutan sekatan pemindahan cukai oleh Israel pada awal tahun ini. Menurutnya, mereka mengesahkan negara-negara Arab akan menyokong belanjawan Palestin. “Bagi terus bertahan dengan tekanan politik dan kewangan yang dihadapi Palestin,” katanya selepas mesyuarat di sini semalam. Israel […]
Ankara kecam kenyataan Netanyahu
ANKARA – Turki mengecam Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kerana menjanjikan ‘penjajahan sepenuhnya’ wilayah Tebing Barat jika memenangi pilihan raya umum minggu depan. Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata, kenyataan Netanyahu itu jelas tidak bertanggungjawab. “Tebing Barat adalah wilayah Palestin yang dijajah rejim Zionis dalam pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa. “Kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Netanyahu hanyalah […]
6,000 kanak-kanak Palestin ditahan, didera
GAZA – Sekurang-kurangnya 6,000 kanak-kanak Palestin telah ditahan oleh pihak berkuasa rejim Zionis sejak 2015. Menurut Persatuan Banduan Palestin dalam satu kenyataan dikeluarkan sempena Hari Kanak-Kanak Palestin, daripada jumlah itu, 98 peratus kanak-kanak yang ditahan mengalami penderaan dari segi psikologi dan fizikal sepanjang dalam tahanan. Tambah persatuan berkenaan, puluhan kanak-kanak ditahan selepas ditembak atau dicederakan […]
Malaysia kutuk kekejaman Israel
KUALA LUMPUR – Malaysia tidak berganjak dengan pendirian menolak dan mengutuk sebarang kekejaman rejim Israel terhadap Palestin, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata, pendirian itu juga harus dizahirkan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi menunjukkan solidariti dan bersama berjuang mengutuk keganasan dan penindasan ke atas umat Islam di bumi […]
MAPIM lancar Tabung 1 Juta 1 Ringgit
KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) melancarkan Tabung 1 Juta 1 Ringgit bagi membantu umat Islam di Gaza yang diserang tentera zionis sejak beberapa minggu lalu. Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, selain itu pihaknya juga mengaktifkan 1,000 badan bukan kerajaan (NGO) peringkat ASEAN untuk menggerakkan kempen menuntut kepungan rejim zionis ke […]
Malaysia kutuk tindakan Israel ke atas peserta ‘Great March of return’
KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk tindakan Israel menggunakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan semasa menyertai perhimpunan sempena ulang tahun pertama “Great March of Return” pada 30 Mac. Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, penggunaan kekerasan secara berterusan oleh Israel ke atas penunjuk perasaan rakyat Palestin yang tidak bersenjata […]
Malaysia kutuk serangan berterusan Israel ke atas Gaza
LANGKAWI – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas Gaza semalam, beberapa jam selepas roket Palestin mengenai sebuah rumah di Tel Aviv. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia menentang tindakan keganasan Israel yang menyerang Gaza. “Serangan balas kalau dia (Israel) buat tentu lebih teruk daripada apa yang terkena kepada Israel. Itulah cara […]
Malaysia gesa Israel hormati keputusan PBB
PULAU PINANG – Malaysia menggesa Israel supaya menghormati keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengiktiraf Gaza sebagai wilayah milik Palestin. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, pendirian Malaysia tentang penjajahan dan pendudukan Israel ke atas Palestin adalah jelas serta konsisten sejak dahulu dan sentiasa bersama-sama dengan Palestin dalam menghadapi isu […]
Arab Saudi tolak dan mengutuk pengiktirafan AS, Bukit Golan milik Israel
RIYADH – Arab Saudi menolak pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap Bukit Golan milik Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa. Arab Saudi dalam kenyataan yang dikeluarkan Agensi Berita SPA, Riyadh secara keras menolak dan mengutuk pentadbiran AS yang mengiktiraf Bukit Golan yang diduduki sebagai milik Israel. “Bukit Golan kekal ‘tanah Arab Syria yang diduduki’ […]
NGO Islam pohon serah Deklarasi Rakyat tolak Israel kepada PM
PUTRAJAYA – Lebih 45 badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam berhimpun di perkarangan pintu masuk Masjid Putra, Putrajaya bagi menunjukkan solidariti terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung penolakan kemasukan atlet Paralimpik Israel ke negara ini. Menurut Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid, kesemua NGO itu menyokong sepenuhnya keputusan Perdana Menteri, […]