Penduduk haram Israel biadab serang rakyat Palestin
RAMALLAH – Di kala rakyat Palestin sedang sibuk memerangi wabak COVID-19, penduduk haram Israel mengambil kesempatan menyerang mereka di Lembah Jordan yang diduduki, lapor majalah Al-Mugtama. Penduduk haram bersenjata bertindak biadab apabila melakukan serangan besar-besaran ke atas para petani Palestin, mencuri haiwan ternakan serta merosakkan tanaman di ladang. Petani, Mahmoud Bsharat yang telah menerima ganti […]
Penduduk haram Israel dilarang masuk Arab Saudi
RIYADH – Penduduk negara haram Israel dilarang melawat Arab Saudi, kata Menteri Luarnya, Putera Faisal Farhan, pada 27 Januari. Perkara itu diumumkan sehari selepas Tel Aviv membuat keputusan membenarkan rakyatnya melakukan perjalanan ke Arab Saudi dalam keadaan tertentu. Pada Ahad, pihak berkuasa Israel dalam satu kenyataan berkata, Menteri Dalam Negeri Arye Dery telah menandatangani arahan […]
Puluhan pendatang Yahudi ceroboh pekarangan masjid Al-Aqsa
ANKARA – Puluhan pendatang Yahudi menceroboh pekarangan Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita Anadolu, memetik sebuah agensi Palestin. “Kira-kira 130 pendatang Yahudi memasuki kawasan itu,” kata Pihak Berkuasa Wakaf – sebuah agensi yang dikendalikan Jordan bagi mengawal selia kawasan suci Islam dan Kristian, menerusi satu kenyataan. Menurut kenyataan itu, pendatang berkenaan memasuki kawasan sensitif berkenaan dengan […]
Malaysia kutuk rancangan Netanyahu
KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini mengutuk keras kenyataan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berhubung rancangannya untuk memperluaskan pendudukan negara itu di Wilayah Palestin di Tebing Barat. Kementerian Luar dalam kenyataannya berkata kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu akan menjejaskan sebarang usaha untuk membawa penyelesaian jangka panjang dan keamanan di Timur Tengah. “Ia memperlihatkan bahawa […]
OIC kutuk tindakan melampau Israel jajah Baitulmaqdis
JEDDAH – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk tindakan rejim pengganas Israel di Baitulmaqdis, sekali gus menggesa dunia memboikot negara-negara yang telah memindahkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke wilayah yang diduduki itu. Gesaan OIC itu dibuat susulan mesyuarat yang dihadiri menteri luar negeri setiap negara anggota di Jeddah, Arab Saudi semalam, berhubung isu pelanggaran Israel […]
Malaysia sertai perbincangan OIC dalam isu pencerobohan Israel
KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Marzuki Yahya akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Luar Biasa ‘Open-Ended Executive Committee’ Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di peringkat Menteri-Menteri Luar Negeri bagi membincangkan isu pencerobohan Israel di Al-Quds Al-Sharif (Baitul Maqdis). Kementerian Luar dalam kenyataan berkata mesyuarat tersebut bakal berlangsung di Jeddah, Arab Saudi hari ini […]
Kerajaan, NGO bekerjasama tambah baik bentuk bantuan kemanusiaan ke Gaza
SEPANG – Kerajaan mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan penambahbaikan bentuk bantuan yang boleh disalurkan negara ini kepada mangsa kekejaman rejim Zionis di Gaza, Palestin. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata melalui pendekatan itu, sumbangan pelbagai pihak dapat dioptimumkan, sekali gus dapat memberi bantuan secara menyeluruh kepada umat Islam di sana. Beliau menjelaskan pihaknya sudah mula mengadakan […]
Kenyataan media bersama membantah projek terowong terbaharu di Baitulmaqdis Timur
KUALA LUMPUR – MANAR, SHURA dan MAPIM menyeru masjid seluruh dunia untuk bangkit membantah projek terowong baru di Baitulmaqdis Timur. Kami mengutuk utusan Amerika Syarikat (AS) yang pada Ahad lalu memecahkan tembok sebagai permulaan projek pembukaan terowong dan kerja kerja penggalian di bawah Masjid Al Aqsa. Ini merupakan tanda sokongan kuat Washington kepada Israel untuk […]
Liga Arab ikrar bayar RM413 juta sebulan kepada Palestin
KAHERAH – Liga Arab semalam (23 Jun) mengulangi janji untuk membayar sebanyak AS$100 juta (RM413 juta) sebulan kepada pihak berkuasa Palestin (PA), sehari selepas Washington mendedahkan pelan damai Asia Barat. Menteri kewangan pertubuhan itu yang mengadakan pertemuan di sini mengulangi janji yang dibuat pada April untuk meningkatkan lagi bajet PA dengan pemindahan dana sebanyak AS$100 […]
New Zealand papar peta iktiraf Palestin
WELLINGTON – Laman web rasmi kerajaan New Zealand mencuri perhatian kerana memaparkan sebuah peta Asia Barat yang menidakkan kewujudan Israel dan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. Lapor PressTV, peta berkenaan dimuat naik di laman web Jabatan Imigresen New Zealand sebagai lembaran fakta tentang kehadiran imigran Palestin ke negara itu. Laman yang dirujuk sebagai penindasan besar-besaran […]