Malaysia kutuk pencerobohan terbaharu di Masjid al-Aqsa
Putrajaya: Malaysia mengutuk pencerobohan terbaharu ke atas Masjid Al-Aqsa oleh Israel pada 18 Mei. Menurut Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra), dalam satu kenyataan, pencerobohan yang dirancang ke tapak suci umat Islam dan perarakan bendera di Kota Lama Baitulmaqdis memburukkan lagi keadaan. “Tindakan sedemikian merupakan provokasi jelas dan pencabulan terang-terangan terhadap kesucian tapak suci yang dihormati. […]
Serangan Masjid Al-Aqsa: UNSC perlu pastikan regim Israel bertanggungjawab, desak pembebasan tahanan Palestin – Anwar
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa komuniti antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) memastikan rejim Israel bertanggungjawab terhadap serbuan terhadap rakyat Palestin di kompleks Masjid Al-Aqsa, Rabu lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin cedera. Menyifatkan serangan itu sebagai jenayah keji, Perdana Menteri juga mendesak mereka membebaskan segera semua tahanan Palestin yang ditahan […]
Isr@el tiada hak dan kuasa ke atas Baitulmaqdis
BAITULMAQDIS – Palestin sekali lagi menegaskan, menghormati status istimewa Baitulmaqdis adalah sebahagian daripada hak rakyat negara ini yang diiktiraf secara universal. Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin memberitahu, pendirian masyarakat antarabangsa mengenai Baitulmaqdis adalah jelas dan negara haram Isr@el tidak boleh membuat tuntutan ke atasnya. “Isr@el juga tidak mempunyai kuasa dan hak untuk terlibat dalam hubungan […]
Pencerobohan Zionis di Palestin isu kemanusiaan sejagat, bukan agama semata-mata
SEPANG – Isu pencerobohan rejim Zionis di Palestin bukan hanya isu agama tetapi merupakan isu kemanusiaan sejagat tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, sudah bertahun lamanya rakyat Palestin dinafikan hak untuk duduk di tanah air sendiri dan usaha membebaskan mereka perlu diteruskan dari […]
AS kritik Isr@el buat pertama kali
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) pada Selasa buat pertama kalinya mengkritik Isr@el sejak bertahun-tahun lalu kerana rancangan rejim Zionis mahu membina penempatan haram Yahudi di Tebing Barat. Pentadbiran Presiden AS, Joe Biden daripada parti Demokrat menyatakan bahawa ia menentang dengan ‘kuat’ pembinaan penempatan haram baharu tersebut di wilayah Palestin itu. Reaksi tersebut dibuat selepas empat […]
‘Jangan berkompromi dengan Israel’ – NGO Islam
KUALA LUMPUR – Malaysia, Indonesia dan Brunei perlu terus konsisten dan tidak berkompromi dengan rejim Zionis walaupun rejim terbabit mahu menjalin hubungan dengan tiga negara Islam di Asia Tenggara ini bagi memperbetulkan salah faham berhubung konflik Israel-Palestin. Gesaan itu dikemukakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam iaitu Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Masjid […]
Israel menyerang Gaza lagi
GAZA – Tentera Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza awal pagi tadi, dengan mendakwa sebagai tindak balas selepas pejuang Palestin di wilayah itu menghantar belon api ke selatan Israel, kata sumber keselamatan dan saksi. Menurut sumber Palestin, tentera udara Israel menyasarkan di bandar Khan Younes, di timur Gaza. Seorang wartawan foto AFP di Khan […]
Israel tahan pemimpin Hamas di Tebing Barat
BAITULMAQDIS – Tentera Israel semalam mengesahkan pihaknya menahan pemimpin Hamas yang didakwa bertanggungjawab menubuhkan pangkalan gerakan Palestin di Tebing Barat. Anggota pasukan khas menahan Sheikh Jamal al-Tawil di Ramallah lewat Selasa lalu, menurut tentera. Tentera mendakwa Jamal al-Tawil memainkan peranan aktif dalam menganjurkan penentangan terhadap Israel dan menubuhkan semula ibu pejabat Hamas di Ramallah. Jurucakap […]
Memalukan! Iron Dome Isr@el tertembak dron milik rejim sendiri
TEL AVIV – Sistem pertahanan negara haram Israel ‘Iron Dome’ secara tidak sengaja menembak jatuh dron miliknya sendiri ketika serangan di Semenanjung Gaza, lapor media tempatan. “Sistem Iron Dome secara tidak sengaja memintas dron rejim Israel ketika perang di Gaza baru-baru ini,” kata sumber tentera yang dipetik oleh Perbadanan Penyiaran Awam Israel. Bagaimanapun, tidak dinyatakan […]
Masjid Al-Aqsa sekali lagi diserbu Zionis
BAITULMUQADDIS – Gencatan senjata yang dipersetujui antara Hamas dan Israel hanya bertahan beberapa jam selepas polis Zionis sekali lagi menyerbu Masjid Al-Aqsa. Selain itu, polis Israel juga melepaskan gas pemedih mata kepada penduduk Palestin selepas solat Jumaat. Serangan polis Zionis itu menyaksikan sekurang-kurangnya 20 penduduk Palestin cedera. Terdahulu, penduduk Gaza meraikan kejayaan gencatan senjata yang […]