YADIM seru NGO sertai MAIM, tumpu usaha angkat Islam
IPOH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia menyeru agar badan bukan kerajaan (NGO) Islam memanfaatkan platform Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) yang disediakan oleh badan ini sebagai wadah penyelarasan gerak kerja mereka di seluruh negara. Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh turut menyarankan agar NGO-NGO tersebut memfokuskan kepada agenda […]
Dr Afifi ulama Melayu pertama di Oxford, fatwa jadi rujukan dunia
KUALA LUMPUR – Fatwa bahawa Islam tidak membenarkan mana-mana pihak terutama umatnya melakukan kekejaman dan membunuh orang awam yang diiktiraf dan menjadi rujukan banyak negara, menempatkan Datuk Dr Afifi al-Akiti setanding ulama terkemuka dunia. Bagi felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford itu, penulisannya dihasilkan ketika beliau menuntut di Universiti Oxford dalam bidang Teologi, Falsafah dan […]
Umat Islam disaran kikis sikap bergantung kepada bantuan
PHNOM PENH – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan umat Islam untuk mengikis sikap, yang hanya mahu bergantung kepada bantuan dan pertolongan pihak lain. Beliau berkata, umat Islam seharusnya menyemai amalan rajin, beramanah dan cekap, untuk memperkukuhkan taraf sosial ekonomi dalam kalangan umat Islam. “Kita amat sedih kerana di mana-mana sahaja, kita dapati terdapat […]
Mufti Pulau Pinang pertahan Dr Zakir Naik
GEORGETOWN – Golongan yang memandang serong kepada pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik disaran supaya meluruskan sikap masing-masing dan berhenti menuduh beliau sebagai pelampau, penyebar fitnah dan sebagainya. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata Zakir sebaliknya adalah individu yang amat terbuka dan sanggup berdialog secara ilmiah dan rasional kepada sesiapa […]
Islam rahmat untuk semua
Islam agama sejahtera. Islam itu sendiri bermaksud aman dan selamat. Seluruh umat Islam perlu kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah demi keamanan ummah dan manusia sejagat. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah ayat 83 yang bermaksud, “Berbicaralah kepada masyarakat dengan cara lembut dan baik”. Baru-baru ini, pihak Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) telah melancarkan buku […]
Ibadah haji bukti Islam tolak keganasan
MEKAH – Ibadah haji yang merupakan perhimpunan terbesar umat Islam dari seluruh dunia menjadi bukti kesepakatan mereka peringkat antarabangsa. Presiden dan Ketua Masjid Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Rahman bin Abdul Aziz Al Sudais berkata, ibadah haji adalah perhimpunan aman dan bukan tempat untuk demonstrasi. “Ia juga membuktikan Islam menolak keganasan,” katanya dalam […]
Tubuh jawatankuasa khas pantau aduan hina Islam, Nabi
HULU SELANGOR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memantau sebarang penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, di media sosial. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata Jakim mempunyai pegawai ditempatkan di SKMM bagi melakukan tindakan perlu sekiranya terdapat sebarang aduan daripada pengguna mengenai […]
Negara Islam lemah kerana ikut ajaran Islam salah
ANKARA – Banyak negara Islam menjadi lemah akibat daripada mengikut ajaran Islam yang salah, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. “Akibatnya, orang Islam menjadi orang yang paling lemah di dunia sehingga ke hari ini. Ada satu ketika di mana untuk mempertahankan diri pun kita perlukan bantuan orang lain, khususnya orang Eropah. Ini adalah akibat […]
Tabung Bencana Palu terima sumbangan lebih RM760,000
PUTRAJAYA – Tabung Bencana Alam Fasa Kedua Palu (Pembinaan Masjid) hari ini (19 Julai) menerima sumbangan RM764,750.35 daripada agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi membantu masyarakat Islam di Palu, Sulawesi Tengah, yang dilanda gempa bumi dan tsunami pada akhir tahun lalu. Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan […]
Saya hanya bertanggungjawab kepada orang Islam
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menjelaskan hanya memikirkan tentang kebajikan umat Islam di negara ini berhubung isu produk minuman atau arak tanpa alkohol. Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menegaskan beliau tidak boleh mengawal sesiapa pun termasuk peguam, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim berfikir tentang […]