Harus pajak gadai emas jika terdesak: Mufti
IPOH – Hukum menggadaikan barangan berharga seperti emas di kedai pajak gadai adalah harus bagi memenuhi keperluan manusia yang berada dalam keadaan terdesak. Jabatan Mufti Perak dalam kenyataan berkata, ia diharuskan atas sebab-sebab tertentu sepertimana firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah ayat 283 bermaksud: ‘Jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang […]
Hayati Gagasan Rahmah
KOTA KINABALU – Hala tuju Malaysia dalam usaha menjadi sebuah negara maju seharusnya tidak dikhuatiri sebagai punca nilai murni dan seruan Islam bakal terhakis sekiranya rakyat menghayati fahaman gagasan Rahmah. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sememangnya terdapat keraguan mengenai hala tuju negara apabila adanya matlamat untuk membawa Malaysia ke arah negara maju. “Apabila […]
Rumah terbuka Jakim, kumpulan Cina Muslim pupuk persefahaman
KUALA LUMPUR – Ketika isu melibatkan ketegangan kaum kian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, suatu majlis rumah terbuka menyambut perayaan Tahun Baru Cina berlangsung dengan tujuan memupuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) bersama menganjurkan rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur pada […]
Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan
PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan berkata tidak ada sebarang rancangan dibuat untuk melaksanakan kajian secara terperinci berhubung isu pemansuhan butiran agama pada kad pengenalan. Kenyataan itu dikeluarkan susulan penularan satu rakaman video dan teks melalui aplikasi WhatsApp, berhubung isu pemansuhan butiran agama pada kad pengenalan. KDN berkata pelaksanaan perekodan butiran agama […]
Isu penubuhan Jakim dah diterangkan pada G25
KUANTAN – Isu berhubung penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah diterangkan secara terperinci kepada kumpulan bekas penjawat awam (G25). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata pertemuan dengan G25 berlangsung pada awal penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekitar Julai 2018. Selain itu, katanya, beliau bersama Menteri […]
‘Fahamkan konsep kebebasan, tiada paksaan beragama’
SHAH ALAM – Konsep kebebasan atau tiada paksaan dalam agama itu mempunyai tafsiran yang luas dan perlu difahami sepenuhnya oleh semua pihak sama ada beragama Islam atau tidak. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, menurut perspektif Islam, ia bermaksud tiada paksaan bagi seseorang yang bukan Islam sama ada mereka […]
Kerajaan timbang selaras umur perkahwinan pengantin Islam kepada 18
PUTRAJAYA – Kerajaan kini meneliti cadangan untuk menaikkan umur minimum perkahwinan pengantin perempuan Islam daripada 16 kepada 18 tahun, kata Peguam Negara Tommy Thomas. “Ia adalah antara cadangan yang kini diteliti oleh Pejabat Peguam Negara bagi memelihara kebajikan dan kepentingan kanak-kanak terbabit,” katanya dalam satu ucapan ketika merasmikan edisi ke-11 tahun perundangan di sini, pada […]
Kasih sayang tak kenal agama
MELAKA – “Agama dan kepercayaan yang berbeza bukan penghalang untuk kita hidup harmoni, paling penting kena saling menerima kerana tuhan sudah arahkan kita berbuat baik sesama manusia tidak kira apa jua agama,” kata seorang nenek beragama Buddha yang menjaga cucu perempuan Islam sejak 23 tahun yang lalu. Tan Guan Neo, 75, yang mesra dipanggil sebagai […]
Sistem pendidikan negara Islam perlu kebangkitan semula
KUALA LUMPUR – Lebih banyak pencapaian serta kemajuan dapat dicapai seandainya pemikiran serta sistem pendidikan dapat diperbaharui dalam dunia Islam setaraf dengan dunia Barat pada masa depan. Ia termasuk memberi kepentingan dengan ‘duniawi’ serta tidak hanya sekadar fokus dengan akhirat semata-mata. Itu juga antara intipati cadangan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang juga senada dengan […]
Kita tak akan dakwa Malaysia negara Islam sempurna
KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan mendakwa ia negara Islam sempurna, walaupun ia menunjukkan masyarakat Islam dan bukan Islam boleh hidup bersama aman dan damai, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. “Tradisi ini sejak kemerdekaan kita,” katanya, dan menambah walaupun majoriti rakyat beragama Islam, ia mempunyai minoriti yang besar daripada kepercayaan, budaya dan adat berbeza. […]