Fuziah setuju istilah pengganas perlu tafsiran lebih jelas

KUANTAN – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh mengakui ada keperluan istilah pengganas didefinisikan secara lebih jelas bagi mengelakkan ia terus disalah tafsir khususnya oleh masyarakat Barat yang sering mengaitkannya dengan agama Islam. Katanya beliau percaya tafsiran yang jelas dapat membantu menangani pandangan serong masyarakat Barat terhadap agama dan masyarakat Islam khususnya. “Pengganas […]

Ahli politik anti-Islam Belanda kini Muslim

THE HAGUE: Bekas anggota Parlimen Belanda dan tokoh penting dalam kempen anti-Islam yang dilancarkan oleh ahli politik, Geert Wilders, mencetuskan perdebatan dalam kalangan masyarakat negara itu, selepas mengumumkan beliau sudah memeluk agama Islam. Selama tujuh tahun, tanpa henti, Joram van Klaveren melancarkan kempen anti-Islam di Dewan Perwakilan, Belanda, sebagai penggubal undang-undang yang mewakili Parti Kebebasan […]

Paderi Malaysia tak setuju salib besar

KUALA LUMPUR – Penasihat Association of NextGen Christian of Malaysia (ANCOM), Jason Leong dalam program ‘Sila Duduk Jangan Lari’ TV Alhijrah menyatakan lambang salib besar yang dibuat di Pulau Pinang adalah ‘tidak perlu’. “Di Malaysia, kita memang tahu apa sensitiviti bangsa dan kaum yang lain, kami peka, dan kami tidak akan membuat perkara sedemikian. “Perlukah […]

Rancang wujud Perkampungan Perkim di setiap negeri

BESUT – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) merancang membuka penempatan khusus dinamakan Perkampungan Perkim di setiap negeri yang bakal dihuni pelbagai kaum beragama Islam di negara ini. Setiausaha Agung Perkim, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, penempatan yang dirancang di setiap negeri itu bagi meneruskan hasrat bekas pengasas Perkim yang juga Perdana Menteri pertama, […]

Wakil rakyat kena ikut ajaran Islam permudah urusan rakyat

NAMA Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Berusia 55 tahun, Chee Heng cukup terkenal dengan kerja-kerja kebajikan yang beliau lakukan sejak sekian lama. Lelaki yang berasal dari Kampung Bukit Cermai, Batu Pahat, Johor ini pernah bertugas sebagai anggota polis selama enam tahun sebelum menamatkan perkhidmatannya dan menceburi […]

UIA tidak perlu ikut model Oxford, kata ahli akademik

PETALING JAYA – Seorang profesor sosiologi menggesa bakal presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) supaya menilai semula idea mahu menjadikan universiti itu sebuah Oxford bagi negara umat Islam. Syed Farid Alatas, warga Malaysia yang kini berkhidmat di Universiti Nasional Singapura berkata, beliau percaya institusi tempatan perlu mengetepikan idea mahu mencontohi institusi yang diiktiraf di peringkat […]

Guru perlu terus berperanan lahir generasi kuasai bahasa Inggeris

KUALA NERUS – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan warga pendidik agar terus memainkan peranan dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang menguasai bahasa Inggeris. Perdana Menteri berkata, peranan guru amat besar dan penting dalam membentuk dan menentukan ‘jenis’ manusia yang menjadi warganegara Malaysia pada masa hadapan, dan lantaran itu kerajaan memberi tumpuan […]

Ketepikan perbezaan sesama umat Islam

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan seluruh umat Islam agar mengenepikan perbezaan sebaliknya meraikan persamaan dalam ajaran Islam. Titah baginda, apabila berlaku sesuatu perbezaan maka ingatlah bahawa persamaan sesama umat Islam lebih banyak iaitu Allah yang satu, rasul, kitab, imam, nasab dan sebagainya. “Oleh itu, kesatuan dan persaudaraan haruslah diupayakan […]

Zakat Selangor: Agihan hanya kepada orang Islam

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menegaskan pengagihan zakat di negeri itu adalah hanya untuk umat Islam sahaja, dan bukan untuk disalurkan kepada agama lain. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Penyelaras LZS Abdul Basith Hamid berkata skop pengagihan zakat di Selangor yang diuruskan oleh LZS adalah berdasarkan kepada hukum syarak, meliputi 8 […]

Ucapan Krismas harus ikut garis panduan, kata Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum kepada orang Islam mengucapkan selamat hari Krismas atau Merry Christmas, dan ucapan-ucapan lain yang bermaksud tahniah dan selamat kepada penganut Kristian sempena sambutan Krismas, adalah harus dengan mengikut garis panduan tertentu. Antara garis panduan umum tersebut ialah sesuatu ucapan itu diberikan apabila wujud keperluan bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku […]