Malaysia yang pertama wujudkan Standard Program Pengajian Halal
KUALA LUMPUR – Malaysia muncul sebagai negara pertama di dunia yang mengemukakan Standard Program untuk pengajian halal. Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata pengajian halal mempunyai permintaan tinggi bukan hanya di negara bukan Islam seperti China dan India, malah juga di Asia Barat. Jadi, kata beliau, institusi […]
Mujahid sampaikan watikah pimpinan RSY
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 18 Januari telah menyampaikan surat watikah pelantikan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY YADIM) dalam satu majlis di sini. Seramai 37 orang pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi seluruh negara menerima watikah berkenaan termasuk tiga orang pimpinan bukan Muslim. Majlis berkenaan […]
YaPEIM peruntuk RM4 juta untuk Program Foodbank 1.0
KUANTAN – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyediakan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi melaksanakan Program Foodbank 1.0 di seluruh negara, sepanjang tahun ini. Program itu adalah antara pendekatan yayasan berkenaan membantu meringankan bebanan ditanggung golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) yang sudah dikenalpasti. Pemangku Ketua […]
Syor perluas kawasan larangan merokok di IPT
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan bercadang memperluaskan kawasan larangan merokok di institusi pengajian tinggi yang dijangka dikuatkuasakan tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata larangan itu susulan penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan dan dalam bangunan di kawasan Parlimen. “Kami (Kementerian Kesihatan) sudah melakukannya di Parlimen dan restoran, dan sekarang mungkin akan […]