Temui semula sinar
SERAMAI 35 individu yang pernah terjebak dengan aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mengambil peluang menyertai Program Hijrah Komuniti ‘Training of Trainer’ (TOT) yang diadakan di Kem White Resort, Balik Pulau, Pulau Pinang, baru-baru ini. Program siri ketiga berkenaan dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang […]
Jangan sisih kami…
KUANTAN – “Kami juga mahu solat, kami juga mahu berpuasa dan mengaji… Jangan sisih kami’. Alhamdulillah, menerusi program mendekati golongan rentan di sini anjuran pihak seperti YADIM dan rakan rakannya sebenarnya sudah membuahkan hasil,”. Itu antara yang diluahkan dalam sesi dialog bersama golongan rentan di sini anjuran YADIM dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan seperti […]
100 golongan rentan disantuni
KUANTAN – Berdakwah masa kini bukan saja perlu berfikir di luar kotak, tetapi juga dilaksanakan tanpa halangan dan tidak boleh mengira latar belakang. Golongan rentan umpamanya, perlu didekati bagi menyelami sendiri apakah yang sebenarnya boleh kita lakukan bagi menyantuni mereka. Justeru inilah yang dilakukan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 24 November apabila mendekati dan […]
Tak mahu ingat kisah silam, bekas ahli Al-Maunah mulakan hidup baharu
HULU TERENGGANU – “Saya tidak mahu lagi mengingati pengalaman lalu dan ingin memberi fokus kepada kehidupan sekarang maklumlah sudah 20 tahun perancangan hidup tertangguh kerana berada di penjara,” kata Awie, 49, (bukan nama sebenar) ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu 24, Kuala Berang, pada 5 September. Awie sepatutnya menjalani hukuman penjara sepanjang hayat mengikut […]