500 lampin pakai buang untuk pesakit Covid 19

KOTA BHARU – Sebanyak 500 keping lampin pakai buang disumbangkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan untuk kegunaan pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital di bandaraya ini. Sumbangan pertama disampaikan Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang kepada ICU Hospital Raja Perempuan Zainab 2 di sini. Ia diterima oleh Ketua Seksyen Perhubungan Awam […]